November 22, 2024

Search
Close this search box.

Johor Young Innovators Challenge (YIC) 2017 dapat sambutan menggalakkan

JOHOR BAHRU, 31 Mac 2017 – Roadshow Johor Young Innovators Challenge (YIC) 2017 yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, baru-baru ini.

Pelajar tekun mendengar penerangan mengenai YIC.

Roadshow tersebut dianjurkan untuk mendedahkan pelajar dengan inovasi STEM merupakan sebuah platform bagi menarik dan mencungkil bakat pelajar.

Pemilihan pelajar terbuka kepada semua bidang iaitu sains dan sastera dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Pelajar terpilih kemudiannya akan dibantu oleh mentor UTM untuk mencipta produk inovasi. Mentor akan mengadakan sesi pertemuan sebanyak lapan kali dengan pelajar dan dalam tempoh tersebut mereka akan menjalankan pelbagai aktiviti seperti bootcamp, design thinking, technical consultation dan pitching.

Mentor-mentor ini terdiri dari pelajar pra siswazah dalam pelbagai bidang seperti bidang sains, kejuruteraan elektrik, mekanikal, kejuruteraan bio perubatan, kejuruteraan kimia, geoinformasi dan harta tanah serta pengurusan.

Menariknya tentang mentor ini mereka memberikan khidmat mentoring ini secara sukarela. Roadshow ini akan berjalan sepanjang bulan Mac dan April di sekolah-sekolah sekitar Johor.

Produk yang dihasilkan oleh sekolah akan dipertandingkan pada peringkat negeri Johor pada pertengahan bulan Mei ini di UTM.

Dana diperlukan untuk program ini, justeru sumbangan dari syarikat korporat dan individu amatlah dialu-alukan.

Explore More