April 19, 2024

Search
Close this search box.

CTL, UTMLead lancark Projek STEMazing bersama Video STEM Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajang, 28 Mac 2017 – Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTMLead telah melancarkan Projek STEMazing lanjutan daripada projek UTM-MIT BLOSSOMS bersama Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Projek STEMazing menumpukan skop yang lebih meluas berbanding BLOSSOMS dalam bidang STEM yang meliputi kajian melibatkan STEM, latihan pendidikan STEM, penghasilan aktiviti STEM dan pembangunan bahan pendidikan STEM.

Dato’ Rashidah bahan pendidikan STEM.

Antara inisiatif terbaru Projek STEMazing ialah dengan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan Video STEM untuk pendidikan menengah.

Selain itu, pakar STEM di UTM juga membantu Kementerian Pendidikan Malaysia melalui bengkel penggunaan video STEM yang diadakan di 6 zon utama di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2017.

Majlis pelancaran Projek STEMazing UTM bersama KPM telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor dan dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah Pelajaran KPM iaitu Dato’ Rashidah Md Arif.

Hadir sama Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Akademik (UTMLead), Professor Dato’ Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dato’ Hj Mahmud Karim serta wakil Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, En Mohd Razif Ismail.

Explore More