November 28, 2024

Search
Close this search box.

MTE 2017: UTM bawa pulang 3 emas

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraih satu Best Award, tiga  pingat emas, dan empat pingat perak di Expo Teknologi Malaysia (MTE 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Penyelidik UTM yang mengambil bahagan di MTE 2017.

Profesor Dr. Noriah Bidin dari Fakulti Sains menerima anugerah Best Award dan pingat emas menerusi penyelidikan “Fibre Optic Refractometer”, manakala dua lagi pingat emas dimenangi oleh Dr. Wira Jazair Yahya dari Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman dari Fakulti Kejuruteraan Tenaga (FKT).

Dr Wira Jazair menghasilkan penyelidikan“Real Time Non-Surfactant Fuel Supply S ystem (RTES) for Diesel Powered Road Transport” dan Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan “K-Membrane: Smart Membrane For Oily Wastewater Treatment”.

Pingat perak dimenangi oleh  Dr. Mohd Haizal Jamaludidn dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Dr. Sophia C. Alih dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Prof. Madya Dr. Mohd Azizi Che Yunus dan  Dr. Goh Pei Sean masing-masing dari FKT.

Pada MTE 2017, UTM menghantar sebanyak tujuh penyertaan bagi mengambil bahagian dalam kategori Biotechnology and Life Science, Foodstuff – Drinks – Cosmetics – Paramedical – Health, Building – Architecture – Civil Engineering Construction – Materials – Woodwork.

MTE pertama kali dianjurkan pada tahun 2001 merupakan pameran penyelidikan dan  pembangunan yang berasaskan teknologi anjuran Malaysian Association Research Scientist (MARS).

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail dipilih sebagai penerima Outstanding Award.

Berikut adalah senarai penuh keputusan Penyelidik UTM:

Bil. Ciptaan Penyelidik Fakulti Anugerah
1 FIBER OPTIC REFRACTOMETER Prof. Dr. Noriah bt. Bidin Faculty of Science

 

Best Award & Gold
2 REAL-TIME NON-SURFACTANT EMULSION FUEL SUPPLY SYSTEM (RTES) FOR DIESEL POWERED ROAD TRANSPORT Dr. Wira Jazair bin Yahya Malaysia Japan International Institute of Technology

 

Gold
 

3

K-MEMBRANE: SMART MEMBRANE FOR OILY WASTEWATER TREATMENT Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman Faculty of Chemical & Energy Engineering Silver
4 SUPERCRITICAL CO2 ORTHO-SRE HEALTH SUPPLEMENT Prof. Madya Dr. Mohd Azizi bin Che Yunus Faculty of Chemical & Energy Engineering Silver
5 NANO-ENABLED MEMBRANE FOR CARBON DIOXIDE CAPTURE Dr. Goh Pei Sean Faculty of Chemical & Energy Engineering Silver
6 AN L-SHAPED DUAL-BAND MIMO RECTANGULAR DIELECTRIC RESONATOR ANTENNA FOR LTE APPLICATIONS Dr. Mohd Haizal b. Jamaluddin Faculty of Electrical Engineering Silver
7 EASE CONNECTOR FOR IBS Dr. Sophia C. Alih Faculty of Civil Engineering Silver

 

 

 

Explore More