Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

MaGIC Academy dan UTM anjur program keusahawanan

Dato' Nazifuddin
Dato’ Nazifuddin beramah mesra dengan peserta.

Johor Bahru, November 12 – Akademik Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC Academy) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan program Cre8tivepreneur: Dare to be Difference.

 Program sehari yang bermula hari ini diadakan di Pusat Inovasi Mahasiswa UTM (UTM CSI) bertujuan menerapkan pemikiran kretiviti dan inovasi dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pembelajaran dan keusahawanan.

Program itu menampilkan pakar kreativiti dan inovasi, Lena Ghaz, yang merupakan pembimbing profesional yang memiliki DC Certified Trainer-Coach in Directive Communication™ Psychology daripada Directive Communication International (DCI) Asia.

Peserta membentangkan projek keusahawanan untuk penilaian.
Peserta membentangkan projek keusahawanan untuk penilaian.

Beliau mempunyai selama 22 tahun pengalaman dalam latihan dan bimbingan serta 25 tahun dalam industri sebagai perunding dalam institusi tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, MaGIC Academy  menjemput Dato’ Nazifuddin Dato’ Seri Najib Razak bagi  berkongsi pengalaman melalui sesi forum bersama lebih 40 peserta yang terdiri daripada mahasiswa UTM, Universiti Teknikal Tun Hussein Onn (UTHM) dan peserta luar termasuk dari Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.

Dato’ Nazifuddin  memulakan kerja keusahawanan dalam bidang perbankan di Hong Kong dan kini menjalankan perusahaan gas, minyak dan pembuatan di Malaysia.

Beliau bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan melalui badan bukan kerajaan Youth on Unity, sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan meluangkan masa kira-akira 45 minit untuk berkongsi pengalaman dengan peserta.

 

Explore More