Johor Bahru, 29 September – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beraksi cemerlang apabila memenangi  Anugerah Projek Harapan dalam Konvesyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Johor semalam di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.

kiksep2016johor

Tajuk Projek yang dibentangkan dalam Konvensyen ini ialah “Kesulitan Mengesan Kertas Kerja bagi urusan perjawatan dan perkhidmatan staf akademik”.

Kemenangan ini membolehkan KIK G2 Glorious, BSM Pejabat Pendaftar UTM ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00, piala dan juga sijil penghargaan.