April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM Razak School, UTM KL anjur USR “Qurban @ Cambodia V 2016”

UTM RAZAK School, UTM Kuala Lumpur bersama pelajar pasca siswazah fakulti menganjurkan program University Social Responsibility (USR) “Qurban@Cambodia V 2016” (Q@CV 2016) yang melibatkan pelaksanaan ibadah korban dan akikah di Kemboja (Kampung Cham) dan Vietnam (Kampung Long Khanh). Seramai 8 orang pelajar pasca siswazah UTM RAZAK School akan ke Kemboja dan Vietnam untuk melaksanakan program ini yang merupakan siri ke 5 kesinambungan dari siri-siri program korban dan akikah yang lepas.

Berikut adalah senarai harga bagi ibadah korban dan akikah di bawah program Q@CV 2016 ini:

1. Korban/akikah lembu – RM350/bahagian atau RM2400/ekor
2. Korban/akikah kambing – RM580/ekor

Kami turut mengumpul dana untuk pembinaan telaga pam air untuk kegunaan masyarakat Islam Kampung Cham. Kos pembinaan dan pemasangan ialah RM 1600. Kami menerima sebarang jumlah sumbangan dan kesemua sumbangan akan dikumpulkan untuk membina telaga pam air tersebut.

Bagi yang berminat untuk menjalankan ibadah korban atau akikah atau menyumbang bagi pembinaan telaga pam air di bawah program Q@CV 2016 ini, Saudara boleh menghubungi kami melalui:
1. Syuhaida Ismail, Penasihat Q@CV 2016 – 012-6469235
2. Eza Azwa Razali, Pengarah Q@CV 2016 – 010-2830145

Pembayaran melalui Bank/Cek:
1. CIMB 7617624210 SYUHAIDA ISMAIL
2. MBB 164810181872 SYUHAIDA ISMAIL
MOHON DIEMELKAN BUKTI PEMBAYARAN, NAMA, NO TELEFON, ALAMAT DAN FB UNTUK TUJUAN PENGELUARAN RESIT KE syuhaida.rs@gmail.com

Tarikh akhir pembayaran ialah pada 5 September 2016 (Isnin).

Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook: Qurban UTM Razak School

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam yang disukai Allah SWT pada hari AidilAdha melainkan menumpahkan darah sembelihan korban…” Maksud Hadis.
qurbancambodia


Ir. Dr. Syuhaida Ismail
Senior Lecturer / Penasihat Q@CV 2016
Panel of Civil Engineering
UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology

Explore More