Alhamdulillah, 2 pendaki Everest UTM iaitu Azim Afif Ishak dan Mohd Farul Aidib Mahamad Yusoff telah berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di dunia pada jam 11.45 pagi waktu tempatan. Mereka mendaki melalui Tibet dan memulakan pendakian dari Camp 3 pada jam 11.45 malam.
Tahniah diucapkan atas kejayaan ini dan penghargaan kepada Y.Bhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Haji Mohd Nor, Pro Canselor UTM selaku penasihat projek pendakian ini yang telah memberikan sokongan dan dorongan sehingga kejayaan ini dicapai. Warga UTM mendoakan pasukan pendaki selamat kembali ke Malaysia.