April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTMSPACE bina kampus tetap di Sarawak

Prof Mohd Azraai dan Hj Zainurin memotong riben tanda peasmian pejabat dan bilik kuliah sementara di Menara Zecon.
Prof Mohd Azraai dan Hj Zainurin memotong riben tanda perasmian pejabat dan bilik kuliah sementara di Menara Zecon.

KUCHING, 1 April 2016 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) bakal mempunyai kampus tetap di Sarawak menjelang tahun 2020.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, kampus yang berharga RM100 juta itu akan dibangun di atas tanah seluas 95 ekar milik Zecon Berhad (ZECON) di Kota Petra.

Menurutnya, pembinaan akan dimulakan awal tahun depan oleh Zecon dan akan diserah kepada UTMSPACE apabila siap sepenuhnya nanti.

“Kampus tetap ini mampu menyediakan peluang pengajian kepada 10 ribu pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana muda.

“Buat permulaan Zecon sedang menyiapkan kampus sementara di Vista Tunku di Petrajaya untuk pengambilan pertama 100 pelajar baru Jun depan.

“Sementara menunggu kampus sementara siap, Zecon bermurah hati memberi ruang di tingkat bawah di Menara Zecon di Jalan Satok untuk digunakan oleh UTMSPACE sebagai bilik kuliah dan pejabat secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran kampus UTMSPACE Kuching dan upacara penyerahan tawaran tapak cadangan kampus kekal yang diadakan di Menara Zecon, dekat sini hari ini.

Majlis penyerahan itu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zecon Berhad, Hj Zainurin Hj Ahmad.

Prof Dr Mohd Azraai berkata, pembinaan kampus tetap di Kuching dapat membantu kerajaan negeri menyedaikan tenaga kerja mahir dan teknikal untuk keperluan industri.

“Dengan adanya kampus tetap di sini dapat menjimatkan kos pengajian dan memberi peluang kepada pelajar, terutama dari luar bandar,” katanya.

Prof Mohd Azraai bersama sebahagian daripada pelajar UTMSPACE.
Prof Mohd Azraai bersama sebahagian daripada pelajar UTMSPACE.

Explore More