April 25, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor Menghadiri The 11th Annual APAIE Conference di Melbourne, Australia

Bermula hari ini, 28 Februari 2016 sehingga 3 Mac 2016, YBhg. Datuk Naib Canselor akan menghadiri the 11th Annual APAIE Conference yang diadakan di Melbourne, Australia.

Persidangan yang diadakan selama 4 hari ini merupakan salah satu forum utama di rantau Asia- Pasifik yang mengumpulkan para pembuat dasar dan pakar-pakar pendidikan dari seluruh dunia dalam usaha meningkatkan kemahiran profesional dan berkongsi perkembangan terbaharu dalam pendidikan antarabangsa.

Delegasi UTM yang turut disertai oleh Prof. Dato’ Mohd Ismail Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) dan Prof. Dr. Nordin Yahaya, Pengarah UTM International ini turut akan membida untuk mendapatkan hak penganjuran persidangan ini pada tahun 2018.

Selain itu, dalam siri lawatan ke Australia ini, YBhg. Datuk Naib Canselor akan turut menandatangani 2 MoU antara UTM dengan Deakin University dan Tasmania

University.

Explore More