April 27, 2024

Search
Close this search box.

KPWKM lancar Al-Quran eBraille pertama dunia ciptaan UTM

PUTRAJAYA, 10 Julai 2015 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan Al-Quran eBraile sebagai alat bantuan belajar yang murah dan berkesan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Al-Quran e-Braile tersebut yang mengandungi seluruh juzuk kitab suci tersebut adalah lebih fleksibel dan lebih mudah dibawa berbanding versi Quran braile konvensional yang berat dan sukar untuk diuruskan oleh golongan ini.
Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata projek yang mendapat peruntukan dana sebanyak RM2.5 juta pada dua tahun lalu kini telah berjaya dengan terhasilnya Quran eBraille yang pertama di dunia dan dibangunkan oleh penyelidik tempatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
“Dengan terciptanya alat ini, kementerian berharap sistem ini dapat diperluaskan ke institusi pengajian tinggi dan juga institusi latihan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan kurang upaya penglihatan dalam mempertingkatkan ilmu bacaan kitab suci Al-Qurqan.
“Saya harap lebih banyak pihak yang dapat tambil membantu untuk menghasilkan kandungan yang sesuai bagi dintegrasikan dengan sistem ini seterusnya menjadikan Quran eBraile ini mudah dimiliki oleh golongan sasar,” katanya ketika berucap melancarkan Majlis Sinar Ramadhan bersama warga kementerian itu.
Turut hadir adalah Timbalannya, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTM, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.
Sementara itu Ahmad Fauzi berkata sebanyak 44 buah al-Quran eBraille dikeluarkan dan diedarkan di empat pusat pendidikan khas untuk kemudahan golongan OKU.
“Tiada apa yang berubah dengan penciptaan alatan ini malah kami memudahkan lagi pergerakan golongan ini ketika pergi dan balik belajar,” katanya.
Selain penyelidik UTM, alatan ini juga dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
Harga kos sebuah Al-Quran eBraille adalah dalam linkungan RM12,000.00 hingga RM15,000.00 sebuah,namun harga ini lebih murah disebabkan pertama kali menggunakan teknologi seperti ini di dunia malah panel Braille juga telah berjaya dikurangkan kepada 1.5 kilogram.
Pada masa yang sama katanya, pihak bertanggungjawap juga sedang sedaya upaya mengusahakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Explore More