April 19, 2024

Search
Close this search box.

Biasiswa Endowmen UTM 2015/2016

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang memohon untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia adalah berkelayakan untuk memohon Biasiswa Endowmen UTM bagi sesi akademik 2015/2016

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1 KELAYAKAN AKADEMIK

• Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75

• Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum

1.2 SYARAT-SYARAT LAIN

• Pemohon adalah yang akan memasuki Tahun Pertama pengajian di Universiti Teknologi Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa pada sesi akademik 2015/2016

• Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia

2.0 NILAI BIASISWA

Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM12,000.00 setahun

3.0 CARA MEMOHON

Semua permohonan adalah secara atas talian dan dibuka mulai 11 Jun 2015. Sila layari laman web berikut : http://biasiswaendowmen.utm.my

4.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Jun 2015.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 07-5530513/07-5530185 atau emel
kepada : biasiswaendowmen@utm.my

Explore More