Tahniah kepada Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar dan kumpulannya diatas kejayaan memenangi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) Dana TERAJU bernilai RM500,000.00 utk komersialisasi produk Naturel Kiss.

Majlis penyampaian sijil pemenang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin di Bangunan Perdana Putra, pada 13 Januari 2015. Dr Siti Hamidah adalah pengasas UTM spin off company, Agro-Aqua Tecnology Sdn Bhd, dan ini adalah kejayaan pertama oleh Penyelidik/Usahawan UTM bagi Dana Superb Teraju.

‘Naturel Kiss’ adalah satu inovasi baru produk kosmetik yang halal dan tidak toksik.

Moga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada penyelidik/usahawan UTM.

news210120151