April 19, 2024

Search
Close this search box.

Penyelidik UTM terima anugerah Australian Endeavour Research Fellowship

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2014 –Seorang penyelidik Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Lau Woei Jye mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Endeavour Research Fellowship dari kerajaan Australia.
Sijil disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia, Rod Smith di majlis yang diadakan di Doubletree Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program pembangunan penyelidikan ini menyediakan sokongan kewangan untuk pelajar Pasca Siswazah dan Felo Pasca Kedoktoran dari luar Australia untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek antara empat dan eman bulan dalam mana-mana bidang di Australia.
Program ini juga turut menawarkan tempat kepada pelajar Pasca-Ijazah dan Felo Pasca Kedoktoran dari Australia untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek dalam seberang bidang di luar Australia.
Pelbagai bantuan termasuk tiket penerbangan bernilai AUD 3,000.00, elaun kemudahan AUD2,000.00 dan elaun sara hidup sebanyak AUD 3,000.00 sebulan akan diberi.
Lau akan berlepas ke Australia bagi memulakan penyelidikanya bermula dari 1 Ogos 2015 hingga 30 November 2015 bertempat di Victoria University, Melbourne.
Beliau akan menumpukan kajian dalam pembangunaan penggunaan teknologi membrane dalam sistem penapisan air.

endeavour-fellowship
Rod Smith menyampaikan sijil perakuan The Endeavour Research Fellowship kepada Lau dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

 

Explore More