November 27, 2024

Search
Close this search box.

 

BANGI, 25 November 2014 – Universiti Teknologi Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JAKIM dalam bidang Kefatwaan.

Melalui MoU ini, UTM melaksanakan kajian isu-isu kefatwaan, penterjemahan keputusan-keputusan fatwa ke dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, UTM berperanan dalam pengajuran program, pelantikan felo fatwa dan kerjasama lain yang berkaitan dengan pembangunan kefatwaan di negara ini.

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, ia bukan sahaja dapat mengukuhkan kerjasama antara kedua belah pihak malah dapat memperluaskan ilmu yang lebih tinggi ke arah pemantapan dan pemerkasaan kefatwaan. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Hamdani Saidi, Pengarah Kampus UTM KL dan Dato’ Haji Othman Haji Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.

Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JAKIM

Explore More