April 26, 2024

Search
Close this search box.

Makmal Struktur dan Bahan UTM Bakal Jadi Peneraju dalam Pengujian Tegangan dan Mampatan Bahan Pembinaan

Staf Mengendalikan Alat Universal Testing Mechine, Tinius Olsen Super L400 di Makmal Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam
Staf Mengendalikan Alat Universal Testing Mechine, Tinius Olsen Super L400 di Makmal Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam

17 November – Makmal Struktur dan Bahan UTM akan menjadi salah satu makmal terpenting untuk pengujian bahan dan struktur binaan di kawasan selatan apabila dilengkapi dengan alat baru dikenali sebagai Universal Testing Mechine, Tinius Olsen Super L400 iaitu alat pengujian mampatan dan tengangan bagi pengujian tengangan dan mampatan berkapastiti tinggi dalam berbagai mod tegangan.

Menurut Prof Dr. Shahrin b. Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, alat bernilai RM1.2 juta berkenaan baru telah dipasang di makmal berkenaan minggu lalu mempunyai kapasiti 2000 kilonewton bersamaan 200 tan.

Alat ini mempunyai keserasian dengan kebanyakan piawaian terkini ujian bahan dan struktur. Pemasangan alat berkenaan di makmal ini menjadikan makmal ini sebagai salah satu daripada 5 makmal berprestasi tinggi di UTM yang akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikan untuk kegunaan mahasiswa pasca siswazah dan aktiviti perundingan di UTM.

Staf yang akan mengendalikan alat berkenaan juga telah diberi latihan secukupnya bagi mengendalikan alat ini. Tambahnya pihak UTM amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana menerusi peruntukan pembelian alatan ini, kami dapat menambah kapasiti penggunaan alat ini untuk kegunaan pelajar dan staf membuat penyelidikan. Usaha ini diharap dapat memacu lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi kepada UTM dalam menghasilkan teknologi pembinaan berteknologi tinggi dengan kos yang lebih murah dan berteknologi hijau. Seterusnya lebih banyak penerbitan ilmiah dapat dihasilkan oleh penyelidik UTM.

Menurutnya dengan adanya kemudahan alat ini, makmal Struktur dan Bahan UTM akan menjadi rujukan penting kepada syarikat dan industri binaan di kawasan Wilayah Iskandar yang kini sedang rancak dengan aktiviti pembangunan. Keupayaan alat ini mampu mempercepatkan lagi proses pengujian dan seterusnya membantu menrancakkan aktiviti ekonomi dan pembinaan di kawasan ini. Kolaborasi ini penting bagi memastikan penemuan penyelidik di Universiti adalah releven dengan keperluan komuniti industri dan komuniti di sekitarnya dan negara umumnya.

Shahrin berkata, Civil Engineering Testing Unit (CETU) akan bertindak sebagai unit yang akan menyelaras kepada pihak luar yang berminat bagi mengadakan pengujian ini. Alat ini akan membantu alat sedia ada yang telah dibeli pada tahun 1990 dengan kapasti 5000 kilonewton atau bersamaa 500 tan. Kadar penggunaan yang tinggi menyebabkan alat sedia ada dengan kapasti terhad ini kerap rosak dengan kos penyelenggaraan juga adalah tinggi.

Sehubungan itu kepada pihak luar yang berminat untuk membuat pengujian menggunakan alat ini boleh menghubungi Unit Pengurusan Makmal Universiti bagi urusan selanjuntnya.

Explore More