23 APRIL 2014 – Keyakinan majikan terhadap pelajar-pelajar Kejuruteraan UTM adalah tinggi berikutan sejak akhir-akhir ini fakulti banyak didatangi oleh syarikat-syarikat besar untuk mengadakan ceramah kerjaya dan temubual kepada pelajar-pelajar tahun akhir kami untuk diambil bekerja, demikian menurut Prof. Dr. Shahrin Mohamad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam.
Menurutnya antara syarikat yang telah mengadakan ceramah kerjaya sehingga tarikh ini adalah Syarikat YTL Coorporation, G&P Geotechnics Sdn Bhd dan Sime Darby Sdn Bhd. Program diadakan untuk tempoh selama dua jam dimulakan dengan ceramah dan pendedahan mengenai kerjaya di syarikat mereka dan diikuti dengan sesi soal jawab, penyerahan resume pelajar dan diakhir sekali diadakan sesi temu bual kepada pelajar berminat.
Sambutan pelajar adalah menggalakkan dan kami biasanya akan menjemput pelajar-pelajar Tahun 4 untuk sesi ini. Bagi saya ini adalah reputasi ini adalah daripada usaha-usaha penambahbaikan yang telah dilaskanakan di peringkat fakulti dan universiti.
Menurutnya lagi, hubungan ini akan diperkukuhkan dengan pelbagai program dengan syarikat yang sedang dirancang termasuk kerjasama untuk pelajar menjalani latihan industri, latihan sambil belajar dan seumpamanya. Beliau berkata demikian dalam temubual selepas Ceramah Kerjaya daripada Syarikat G&P Sdn Bhd
Dalam pada itu menurut Ir, Chow Chee Meng, Pengarah, G&P Geotechnic Sdn Bhd, syarikat mereka amat berminat dengan graduan UTM kerana mereka mempunyai pengetahuan dan aplikasi yang seimbang disamping sikap yakin dan komitmen mereka.
Pada tahun 2013 mereka telah mengambil seramai 5 orang graduan UTM untuk menjadi Jurutera di syarikat mereka. Mereka memerlukan kira-kria 200 lagi jurutera untuk mengisi kekosongan selaras dengan banyak projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat kerjaya dan temubual dengan pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti Kejuruteraan Awam di sini. Seramai 90 pelajar telah hadir dalam sesi ini dan mereka aktif bersoal jawab dengan penceramah.