Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

Alumni UTM anjur Sirih Pulang Ke Gagang

JOHOR BAHRU, 12 Februari – Unit Perhubungan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan majlis Sirih Pulang Ke Gagang bagi meraikan ahlinya yang berkhidmat di universiti ini, malam tadi.

Prof. Wahid menandatangani plak perasmian Anjung BBQ.
Prof. Wahid menandatangani plak perasmian Anjung BBQ.

Majlis yang diadakan di Rumah Alumni itu dihadiri oleh kira-kira 200 ahli termasuk Naib Canselor Profesor Ir Dr Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), Profesor Dr Mohd Ismail Abdul Aziz, Pengarah Kerja, Profesor Dr Abd Latif Salleh, Pengerusi Majlis Profesor, Profesor Dato’ Dr Ahmad Darus dan Pengarah UPA Prof. Madya Dr Ahmad Mahir Makhtar.

Profesor Wahid dalam ucapannya berkata, seramai 70 ribu graduan telah mendaftar sebagai alumni termasuk 1,000 orang yang sedang berkhidmat di UTM berbanding 155 ribu yang berjaya dihasilkan.

“Majlis pada malam ini diadakan bukan bertujuan mengumpul alumni UTM dan meminta sumbangan tetapi untuk meraikan mereka yang berkhidmat dengan universiti ini dan melantik duta bagi membantu Unit Perhubungan Alumni menjalankan pelbagai aktiviti.

“UTM akan mengadakan lebih banyak program dengan alumninya untuk memberikan peneraangan mengenai program yang dijalankan agar dapat memberi kesedaran agar mereka dapat menyumbang kepada UTM secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata, bagi menarik lebih ramai graduan UTM menjadi ahli, Unit Perhubungan Alumni dicadangkan supaya mengenalpasti dan mengadakan perjumpaan dengan alumni terkemuka, selain menganjurkan program di beberapa universiti di negara ini.

Ramai lulusan UTM berkhidmat di pusat pengajian tinggi dan ada antaranya menjadi Naib Canselor seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Beliau berkata, UTM telah dilantik sebagai penyelaras alumni Malaysia di Indonesia dan peluang berkenaan perlu dimanafaatkan untuk mengumpul alumninya di luar negara dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk manafaat bersama.

Prof. Wahid melihat kemudahan yang disediakan di Anjung BBQ.
Anjung BBQ meyediakan kemudahan penyediaan makanan untuk aktiviti berkumpulan .

Explore More