INDONESIA, 5 Mei – Seramai 30 pelajar prasiswazah, 5 pelajar pascasiswazah di bawah penyeliaan Geomatics Innovation Research Group (GnG) dan seorang pensyarah pengiring dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai program mobiliti antarabangsa bertajuk “Geo Horizon: Fostering International Collaboration and Learning” yang diadakan di Institut Teknologi Bandung (ITB), Jawa Barat, Indonesia. Program ini dianjurkan dengan kerjasama UTM International, Institut Teknologi Bandung (ITB), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) dan Lembaga Jurukur Tanah (LJT), dengan sokongan penajaan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Institut Sultan Iskandar (UTM ISI), Ezam & Associates Geomatics Solution, YOLO Resources, dan Perbudi Sdn. Bhd.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam bidang Kejuruteraan Geomatik; melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif bagi mereka meneroka peluang kerjaya dalam industri berkaitan Geodesi dan Kadaster serta meningkatkan kefahaman rentas budaya melalui perkongsian kaedah dan teknik kejuruteraan antara Malaysia dan Indonesia.
Antara program yang dirangka bagi program mobiliti antarabangsa ini adalah Kolokium Antarabangsa UTM-ITB, di mana sesi pembentangan penyelidikan telah diadakan dengan menampilkan lima pelajar pascasiswazah UTM dari Kumpulan Penyelidikan Inovasi Geomatik (GnG). Sesi ini member peluang kepda para pelajar untuk berkongsi hasil penyelidikan semasa serta menerima maklum balas daripada penyelidik dan pensyarah ITB.
Nazatul Armielia Nazar membentangkan tajuknya iaitu “Comparative Analysis of Real-Time Kinematic and Rapid Static GNSS Methods for Cadaster Reference Marks Establishment” serta Nilashini ML Supparamaniyan dengan tajuknya “Crustal Deformation in Peninsular Malaysia in Year 2020”. Seterusnya, Muhammad Fahim Supian bagi tajuknya “Marine Parcel Delineation for 3D Marine Cadastre Representation in Sarawak”, Nurfazira Mohamed Fadil dengan tajuknya “Optimizing Sea-Spike Detection and Removal in Bathymetric Data: A Case Study of Bintulu, Sarawak, Malaysia” dan Haziq Danial Bakeri membentangkan “Python-Based Azimuth Calculation”


Selain penyertaan lima pelajar pascasiswazah dari UTM, turut disertakan pembentangan oleh pelajar ITB. M Ilman Faqihuddin A dengan tajuknya “Earthquake Impact on Regional Geoid Model in Case Study in JAVA Island” manakala Muhammad Rizky Perdana membentangkan “Determining Geoid Formal Error Using Least-Squares Collocation Technique”. Turut membentang ialah Muhammad Abdurrachman Rizqi dengan tajuknya “Identification of Internal Waves on Lombok Strait using Sentinel-1 Imagery”, Kelompok Capstone – Zulfia Tri Tungga Dewi, Rafly Maharazi, M. Angga Hadi Pratama, Azfa Rihad Fathan, dan Syifa Kamiliya Rosyad membentangkan “Pengembangan Model Geoid untuk Wilayah Indonesia”, serta R.M. Cessar Surya Adiputra dengan tajuknya “Analysis of the Utilization of LADM (Land Administration Domain Model) for Marine Cadastre in Indonesia”.


Sesi Kolokium ini telah menjadi platform berharga bagi memperkukuh keyakinan pelajar dalam penyampaian ilmiah di peringkat antarabangsa, di samping membuka ruang kepada kolaborasi akademik antara penyelidik muda dari UTM dan komuniti penyelidik di ITB. Pembentangan dua hala yang berlangsung turut membuka ruang dialog yang konstruktif antara pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi, menggalakkan pertukaran idea, kaedah dan teknik dalam bidang geodesi, kadaster serta pemodelan geospatial.
Kolokium ini sekali lagi menegaskan komitmen bersama UTM dan ITB dalam memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan tinggi serantau melalui penyelidikan berimpak tinggi dan pemupukan bakat penyelidik masa hadapan dalam bidang geomatik dan sains geospatial.