Search
Close this search box.
(Foto 1: Naib Canselor UTM (satu dari kiri) menerima sumbangan endowmen dari Prof. Madya Dr. Abd. Latif Pengerah Kerja UTM . Foto 2: Naib Canselor UTM, Prof . Datuk Ir. Dr. Zaini (tiga dari kiri) dan pegawai kanan memasukkan sumbangan di majlis pelancaran di Dewan Senat UTM Johor Bahru baru-baru ini).

Latar Belakang

Kebanyakan Universiti tersohor di dunia mempunyai sumber endowment yang besar bagi menampung keperluan operasi, pembangunan dan penyediaan kemudahan mahasiswa.

Justeru itu, Universiti Teknologi Malaysia melalui pendekatan Akademia Baru telah melancarkan inisiatif penjanaan dana endowmen.

Tabung endowmen diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada staf, mahasiswa, alumni UTM, individu atau syarikat korporat memberi sumbangan bagi memastikan Tabung Endowmen UTM dapat berfungsi dengan sempurna untuk merancakkan aktiviti kesarjanaan ilmu di UTM.

Sumbangan untuk tabung endowmen layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 449(6) Akta Cukai Pendapatan 1965.  Jumlah sumbangan yang diluluskan dalam rangkaian sumbangan terhad kepada 7% bagi individu manakala b10% bagi syarikat daripada pendapatan aggregat.

Amalan memberikan sumbangan diharap akan menjadi satu amalan dan budaya yang seterusnya akan membugarkan DNA individu dan institusi.

Objektif Dana Endowmen

1. Penjanan biasiswa kepada mahasiswa ijazah Sarkana Muda
2.  Penjaan kursi Profesor
3.  Penerbitan bahan akademik
4.  Pelaksanaan program berimpak tinggi

 

Muat turun: Pamplet Endowmen UTM

Muat turun: Borang Sumbangan Endowmen UTM

Link: Make a gift to UTM – UTM Endowment Fund Official Website

 

 

Explore More