Search
Close this search box.
Prof. Zaini menyentuh bebola kaca merasmikan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa IPT 2011.

JOHOR BAHRU, 11 November: Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Zaini Ujang diberi penghormatan merasmikan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa IPT 2011 yang berlangsung selama empat hari mulai semalam.

Konvenysen yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi disertai oleh 350 pemimpin mahasiswa dari 28 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Seramai lapan orang ahli panel dijemput untuk menyertai forum yang dirangka untuk melahirkan pelapis pemimpin negara pada masa akan datang dan menambah medium komunikasi antara pelajar IPT dengan pentadbiran negara.

Mereka yang dijemput ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifudin Abdullah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah, pensyarah Universiti Teknologi Petronas Prof. Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam.

Selain itu, Mantan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dr. Mohammad Fairus Khairuddin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Lokman Nor Adam dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM) Datuk Dr. Ahmad Faiz Abd Hamid turut dijemput.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin akan hadir untuk melakukan perasmian penutup hari terakhir konvensyen, Ahad ini.

Explore More