📝 Ringkasan
Tan Sri Azam Baki berkongsi pengalaman kepimpinannya dalam syarahan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tentang kepimpinan berintegriti. Beliau menekankan integriti sebagai asas penting dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dan mengimbangi kemahiran dengan nilai etika dalam setiap keputusan dan tindakan.
JOHOR BAHRU, 6 Apr – Syarahan Kepimpinan Alumni anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadi platform signifikan dalam mengetengahkan peranan institusi pendidikan tinggi sebagai medan memupuk pemimpin berintegriti selari dengan tema, “Dari Kampus ke Negara: Kepimpinan Dalam Mendepani Cabaran Integriti”.
Acara yang berlangsung di Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru ini menampilkan Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki yang berkongsi pengalaman kepimpinan beliau dan pandangannya tentang cabaran integriti dalam landskap semasa yang semakin kompleks.
Tan Sri Azam Baki dalam perkongsiannya menegaskan integriti merupakan asas paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan. Menurut beliau, nilai sebenar seseorang pemimpin terserlah melalui kejujuran, khususnya ketika tidak diperhatikan.
Tambahnya, integriti menjadi prinsip utama yang menyokong amanah serta kelestarian kepimpinan, selain menuntut pemimpin mengimbangi kemahiran dengan nilai etika dalam setiap keputusan dan tindakan.

Selain itu, beliau turut menekankan pencapaian masa lalu tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak, sebaliknya perlu dilihat sebagai pengalaman pembelajaran dalam membentuk perkembangan diri.
“Apa yang kita lakukan hari ini mesti relevan dengan keperluan semasa, bukan bergantung kepada kejayaan lampau semata-mata kerana itu hanya akan menjadi sejarah,” katanya.
Tan Sri Azam Baki turut menjelaskan bahawa kepimpinan lebih daripada sekadar memegang jawatan sebaliknya orang ramai perlu mendisiplinkan diri terlebih dahulu selain mengukuhkan nilai teras mereka dan sentiasa sedar tentang setiap yang mereka lakukan.

Dalam menghadapi realiti globalisasi, beliau turut menggalakkan pelajar untuk terus relevan dengan keperluan semasa, memperbaiki diri serta meningkatkan keupayaan diri tanpa terlalu mengejar kebendaan sehingga mengabaikan pembentukan sahsiah.
“Kita tidak boleh menghalalkan perkara yang haram. Nilai dan prinsip mesti sentiasa menjadi pegangan dalam setiap tindakan,” katanya, menggesa pelajar untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keupayaan diri.

Dalam masa sama, kerjasama erat antara alumni dan universiti dilihat mampu membina legasi institusi yang mampan. UTM berbangga dengan pencapaian alumninya yang menyumbang dalam pelbagai sektor termasuk perkhidmatan awam, industri dan kepimpinan di peringkat global.
Dihadiri oleh pengurusan universiti, pegawai kanan, pensyarah serta pelajar, penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara alumni dan komuniti kampus, malah menjadi wadah memperkasa kefahaman tentang kepimpinan berteraskan nilai dan integriti.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat dalam ucapan pembukaannya menekankan kepentingan penglibatan alumni dalam menyumbang kepada ekosistem universiti.
Menurut beliau, misi UTM bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan, tetapi juga memberi penekanan kepada pembudayaan adab, nilai dan integriti dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang holistik dan berprinsip.

Universiti ini komited untuk memperkasakan semua pelajar melalui semua semua dalam aspek teras utama pembangunan mahasiswa. Ianya bukan sebagai nilai tambahan tetapi sebagai identiti utama UTM yang beliau sampaikan. Dunia semasa telah berkembang menjadi situasi yang lebih rumit kerana hari ini, manusia menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks.
“Ciri utama yang membezakan antara peraturan, ia bukan lagi sekadar sekadar kelayakan penulisan atau pencapaian akademik, tetapi nilai yang dibawa sepanjang hayat sebagai teladan kepada pelajar sepanjang zaman. Nilai ini bermula dengan harapan.” katanya.
Program ini turut menyokong pembentukan sahsiah dan nilai dalam kalangan warga universiti, selaras dengan penekanan terhadap integriti dan disiplin diri, sekali gus mengukuhkan mesej bahawa kehidupan berprinsip dan seimbang menjadi asas penting dalam melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa.

Program ini dilihat menjadi manifestasi komitmen berterusan UTM dalam membangunkan pemimpin masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari segi keupayaan, tetapi juga teguh dari aspek integriti, etika dan tanggungjawab kepada masyarakat serta negara.