July 31, 2025

Para peserta kursus bersama jurulatih JBPM

Kursus First Responders tingkat keselamatan dan kesedaran CBRN di UTM

JOHOR BAHRU, 25 Julai – Chemical Management Unit (CMU), Pusat Pengurusan Makmal Universiti bersama-sama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah menganjurkan kursus First Responders Chemical, Biological, Radiation, and Nuclear (CBRN) bermula daripada 21 sehingga 25 Julai 2025 di Balai Bomba & Penyelamat (BBP), Skudai. Kursus ini mendapat peruntukan daripada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Innovasi) susulan daripada operasi pelupusan asid pikrik yang dijalankan pada 2024.

Prof. Madya Dr. Izni Syahrizal Ibrahim, Pengarah PPMU, menandatangan guest book sambil diperhatikan oleh PKPgB Tc. Saifulbahri
Prof. Madya Dr. Izni Syahrizal Ibrahim, Pengarah PPMU, menandatangan guest book sambil diperhatikan oleh PKPgB Tc. Saifulbahri

24 orang peserta mendapat latihan daripada pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) terutama pakar hazardous material (HAZMAT) bagi negeri Johor, PKPgB Tc. Saifulbahri Safar yang juga selaku Ketua Balai BBP Skudai, dan jurulatih JBPM yang dilantik dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Kursus First Responders CBRN ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terutama mereka yang terlibat di makmal berkaitan pengurusan insiden atau kecemasan yang melibatkan bahan kimia, biologi, radiasi atau nuklear, melengkapkan staf dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pengurusan insiden atau tumpahan kejadian melibatkan bahan kimia, biologi, radiasi atau nuklear, serta memastikan pengurusan insiden atau tumpahan yang melibatkan bahan kimia, biologi, radiasi atau nuklear yang bersesuaian serta sistematik meliputi prosedur tindak balas kecemasan, penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE) dan pengendalian bahan kimia/biologi/radiasi/nuklear berbahaya yang betul.

Para peserta terdiri daripada staf Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Fakulti Sains (FS), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga (FKT), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), AMTEC, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), dan Bahagian Keselamatan (BK). Para peserta ini dipilih kerana aktiviti kerja yang banyak melibatkan hazad kimia, biologi, atau radiasi.

Pada hari pertama, para peserta didedahkan dengan structure fire fighting and building fire safety. Para peserta juga diberikan pendedahan berkenaan fire certificate (FC), active fire suppression, dan passive fire suppression. Fire certificate (FC) adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh JBPM untuk bangunan berisiko tinggi untuk mengesahkan bahawa sesebuah bangunan mematuhi akta dan peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan. Pengesahan tersebut merangkumi sistem perlindungan kebakaran aktif (penggera, pemercik, dan alat pemadam api), laluan keluar kecemasan, serta penyelenggaraan sistem pemadaman kebakaran yang betul yang disediakan di sesebuah bangunan.

Staf UTM diajar melawan kebakaran
Staf UTM diajar melawan kebakaran

Para peserta menjalani praktikal asas melawan kebakaran. Mereka diajar untuk menggunakan peralatan-peralatan melawan kebakaran, contohnya pili bomba, salur bantu mula, kelengkapan perlindungan diri yang lengkap.

Kursus diteruskan dengan pendedahan kepada para peserta dengan RIPNOT iaitu recognization, isolation, protection, notification, observation, and termination bagi menguruskan dan mengendalikan situasi insiden yang melibatkan kimia, biologi, radiasi dan nuklear. Melalui pengenalan tersebut, para peserta dilatih untuk membiasakan pemakaian perlindungan diri yang asas bagi pengendalian insiden yang terkawal dalam Universiti Teknologi Malaysia. Selain daripada PPE, anggota bomba yang mempunyai kemahiran HAZMAT memperkenalkan breathing apparatus kepada para peserta and mereka diminta untuk menggunakan dan membiasakan diri dengan breathing apparatus.

Pemakaian suit HAZMAT dan breathing apparatus
Pemakaian suit HAZMAT dan breathing apparatus
Peserta, iaitu staf UTM, mengendali tumpahan bahan kimia
Peserta, iaitu staf UTM, mengendali tumpahan bahan kimia

Para peserta turut mempelajari nyahcemar (decontamination) bagi kerja-kerja operasi yang melibatkan kimia dan biologi. Para jurulatih berkongsi dengan para peserta dan menunjukkan peralatan yang digunakan oleh anggota HAZMAT bagi proses nyahcemar.

Kursus ini turut melaksanakan simulasi yang dilakukan sendiri oleh para peserta. Simulasi tersebut adalah situasi kebakaran yang mana peserta perlu menyelamatkan mangsa di bangunan tinggi dan seterusnya melawan kebakaran. Situasi kedua pula adalah tumpahan bahan kimia berbahaya yang mana peserta perlu menyelamatkan mangsa dan mengendali tumpahan bahan kimia berbahaya dalam kuantiti yang banyak. Simulasi yang terakhir ialah menyelamat mangsa yang terlibat dengan kerja-kerja radiasi. Simulasi ini turut dihadiri oleh pemerhati dari kalangan staf UTM sendiri.

Hasil daripada kursus ini adalah pasukan tindakan kecemasan (emergency response team, ERT) induk universiti perlu melibatkan para peserta yang telah dilatih untuk dilantik sebagai first responders dalam ERT Induk universiti. Segala pengetahuan dan kemahiran yang peserta telah pelajari boleh diaplikasi dalam latihan bagi mengendalikan keadaan kecemasan yang melibatkan tumpahan bahan kimia, biologi, radiasi atau nuklear di kawasan atau bangunan-bangunan UTM Johor Bahru.

Simulasi menyelamat dan menyahcemar
Simulasi menyelamat dan menyahcemar

Kursus ini adalah satu permulaan untuk mengetengahkan pengendalian terkawal semasa kecemasan yang melibatkan tumpahan bahan kimia, biologi, radiasi atau nuklear di kalangan para staf UTM sendiri. Segala pengetahuan dan kemahiran ini adalah sangat penting kepada universiti untuk memastikan keadaan dan persekitaran yang selamat kepada semua warga komuniti UTM Johor Bahru.

Explore More