Passionate for Scholarly Excellence – UTM VC Listed Among 2021 Top 1% Highly Cited Researchers by Clarivate

Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail needs no introduction among the membrane experts fraternity. His scholarly output is highly referred to and cited by researchers globally. This year, Clarivate have listed Prof. Datuk Fauzi as 2021 Highly Cited Researchers under the cross-field category and the sole representative from UTM.

To date, Prof. Datuk Fauzi has been listed as Clarivate’s Highly Cited Researchers four times in a row since 2018.

Clarivate, a global analytics firm, produces the “who’s who” list by identifying their “significant influence in their chosen field or fields through the publication of multiple highly cited papers during the last decade.”

According to the company’s global citation index, their names are identified from publications that rank in the top one per cent by field and publication year citations.

When asked about tips to achieving scholarly excellence and making an impact in research, Prof. Datuk Fauzi applies four principles that are:-

1. Passion

2. Having an “End in Mind” in your Research

3. Teamwork and Networking – Nurture your team and strengthen your network

4. Do the very best of our ability

As a Research University, Prof. Datuk Fauzi is optimistic and believes that many more researchers can emulate these principles and create impact through scholarly excellence.

Menuju Kecemerlangan Kesarjanaan – NC UTM Tersenarai 1% Penyelidik Bersitasi Tinggi 2021 oleh Clarivate

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail merupakan tokoh penyelidik yang tidak asing lagi dalam kalangan pakar membran.

Hasil ilmiah beliau sentiasa dirujuk dan mendapat sitasi daripada penyelidik di seluruh dunia.

Tahun 2021 menyaksikan Clarivate sekali lagi telah menyenaraikan Prof. Fauzi sebagai Penyelidik Bersitasi Tinggi 2021 (2021 Highly Cited Researchers) di bawah kategori silang bidang (cross-field), iaitu penyelidik yang menyumbang kepada penerbitan tertinggi merentasi beberapa bidang yang berbeza.

Sehingga kini, Prof. Datuk Fauzi telah berjaya tersenarai sebanyak empat kali berturut sejak tahun 2018 sebagai Highly Cited Researchers oleh Clarivate.

Clarivate, firma analisis global, menghasilkan senarai penyelidik tersebut dengan mengenal pasti “bidang pilihan mereka yang telah memberi pengaruh tinggi melalui penerbitan kertas penyelidikannya yang banyak dipetik sepanjang dekad lalu.”

Berdasarkan indeks sitasi global tersebut, nama penyelidik dikenal pasti daripada penerbitan yang menduduki satu peratus teratas mengikut bidang dan sitasi tahun penerbitan.

Apabila ditanya tentang petua untuk mencapai kecemerlangan kesarjanaan serta memberi impak dalam penyelidikan, Prof. Fauzi mengamalkan empat prinsip berikut:-

1. Minat

2. Mempunyai “End in Mind” dalam Penyelidikan

3. Kerja Berpasukan dan Jaringan – Bangunkan pasukan dan kukuhkan jaringan

4. Melakukan yang terbaik Semampunya

Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, Prof. Fauzi optimis dan percaya bahawa ramai lagi penyelidik di UTM mampu mengamalkan prinsip-prinsip ini dan mencipta impak melalui kecemerlangan kesarjanaan.

Penutupan Sementara Portal News UTM

Untuk makluman, penghantaran artikel atau berita baharu ke portal news.utm.my akan ditutup sementara bermula 15 Disember hingga 31 Disember untuk tujuan editorial akhir dan pelarasan berita 2021.

Oleh itu untuk tujuan penghantaran artikel/berita, dimohon untuk memuat naik selewat-lewatnya 14 Disember 2021. Artikel / Berita yang dihantar selepas tarikh tersebut akan diterbitkan pada tahun 2022 setelah selesai proses editorial akhir dan pelarasan berita.

Sekian untuk makluman