UTM Care Charity Shop Menyokong Keperluan Pelajar-Pelajar Dan Staf Susulan PKPD

Image

Mulai 21 Mei 2021 hingga 3 Jun 2021, UTM dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup kawasan universiti.

Sumbangan daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu staf dan pelajar UTM yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD tersebut.

Pihak UTM Care Charity Shop, CCIN dan ICC telah membuka peluang kepada orang ramai untuk untukmenghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai dengan melalui butiran seperti berikut :

Lokasi Serahan : ICC ( Ruang Legar)
Barangan Keperluan :

MAKANAN & MINUMAN
Makanan berat @ kering
Air Mineral
Buah-Buahan (Vitamin C)
Roti
Milo
Telur
Planta
Teh @ Minuman 3 in 1
Sos Cili & Kicap

TOILETRIES
Keperluan Wanita
Peralatan Mandi
Peralatan Membasuh Baju
Pencuci Tandas
Putik Kapas
Pisau Pencukur
Plastik Sampah
Tisu
Sepit Kuku

UBAT-UBATAN
Pelitup Muka
Ubat Pedih Hulu Hati
Ubat Selsema
Minyak Cap Kapak
Eye Mo
Panadol
Hand Sanitizer
Inhaler (Asthma)

Semoga sumbangan yang diberikan akan memperolehi ganjaran yang tinggi dari Allah SWT dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Untuk pertanyaan lanjut:
En. Md Yani bin Kasiren (012-751 2342)
En. Muhammad Wafiq Muhaimin bin Fadil (018-3883964)
En. Zul (019-7756119)