Search
Close this search box.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Berkuatkuasa Mulai 22 November 2020

ENGLISH VERSION

PEMAKLUMAN
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
BERKUATKUASA MULAI 22 NOVEMBER 2020

Selaras dengan arahan daripada Kerajaan yang memutuskan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor ditamatkan pada 21 November 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 22 November 2020, UTM akan beroperasi sebagaimana keadaan negeri Johor berstatus PKPP sebelum ini dengan sedikit perubahan dalam mengambilkira situasi sekolah yang masih ditutup dan tadika/taska/pusat jagaan kanak-kanak juga belum beroperasi sepenuhnya.

Merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKPP, peratusan staf yang dibenarkan Bekerja di Pejabat adalah 75% manakala 25% dibenarkan Bekerja Dari Rumah atau Work From Home (WFH) dengan penggiliran kerja. Staf yang dikehendaki hadir bekerja secara automatik tidak perlu membuat permohonan masuk ke pejabat. Permohonan online melalui UTMSmart atau my.utm.my perlu dibuat bagi staf yang bekerja dari rumah dengan kebenaran Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Ini tidak termasuk staf dalam kategori perkhidmatan perlu atau essential services. Pelaksanaan ini terpakai bagi kampus Johor Bahru dan Pagoh manakala kampus Kuala Lumpur masih kekal dengan SOP sedia ada.

Staf WFH perlu merekod kehadiran waktu kerja melalui GPS Check-In/Out di aplikasi UTMSmart. Kegagalan untuk merekodkan kehadiran adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan tegas boleh dikenakan berdasarkan peraturan sedia ada. Staf juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan semasa bekerja dari rumah seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Staf Bekerja di Pejabat perlu mematuhi Panduan Keluar Masuk Kampus dan warga Universiti adalah diminta untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan PKPP, sila hubungi Jabatan Pendaftar melalui talian 0167300969 (UTMJB – Puan Saidatul Akmal Abdul Hamid), dan 014-9501833 (UTMPAGOH En. Mohd Farid Rahmat). Staf di Kuala Lumpur boleh menghubungi talian 0126620515 (UTMKL – Puan Nurulhaslinda Muhd Sidek) bagi pertanyaan WFH serta berkaitan atau email kepada bsm@utm.my .

Berikut pula merupakan talian Hotline UTM semasa PKPB/PKPP:
https://www.utm.my/hotline/.

Sekian, sila ambil maklum.

PEJABAT HAL EHWAL KORPORAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
21 NOVEMBER 2020

 

– – – –

ANNOUNCEMENT
RECOVERY CONTROL MOVEMENT ORDER (RMCO) IMPLEMENTATION
EFFECTIVE 21 NOVEMBER 2020

In line with the announcement made by the government to end the implementation of Conditional Movement Control Order (CMCO) in Johor on 21 November 2020, and the Recovery Movement Control Order (RMCO) to start on 22 November 2020, UTM will be operating following the Johor state RMCO status with a slight modification taking into account the present closure of schools, and kindergartens/TASKA/ child care centre which are still not operating fully.

Referring to the RMCO standard operating procedure (SOP), the number of staff allowed to Work From Office (WFO) is 75% while 25% of staff are allowed to Work From Home (WFH) based on rotation. Staff who are required to Work From Office (WFO) automatically do not have to apply to enter the university campus. On the other hand, applications to work from home need to be made online via UTMSmart or this website: my.utm.my pending the approval of the Head of PTJs. However, this does not apply to staff under the essential services category. This implementation is applicable to UTM Johor Bahru and Pagoh campuses while UTM KL will still be applying the present SOP.

WFH staff need to record their working hours from home via GPS Check-In/Out available on UTMSmart application. Failure to do so is an offence and strict action can be taken as stipulated in the rules and regulation of the university. All staff are also reminded to always abide by the WFH rules and regulations as specified by the Public Service Department (JPA).

WFO staff are required to follow the Guideline for Entering and Exiting Campus and UTM community members are required to always follow the standard operating procedure (SOP) issued by the National Security Council (MKN), Malaysian Ministry of Health (MOH), and Ministry of Higher Education (MOHE).

For further information about RMCO, please contact the Department of Registrar through these numbers: 0167300969 (UTMJB – Puan Saidatul Akmal Abdul Hamid), and 014-9501833 (UTMPAGOH En. Mohd Farid Rahmat). UTMKL staff can contact this number: 0126620515 (UTMKL – Puan Nurulhaslinda Muhd Sidek) for WFH related matters or enquiry, or email to bsm@utm.my.
Please note the hotlines during RMCO/CMCO which can be accessed at https://www.utm.my/hotline/.

Thank you for your attention and action.

OFFICE OF CORPORATE AFFAIRS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
21 NOVEMBER 2020

Explore More