đ Ringkasan
Town Hall : Pencapaian 2019 dan Strategi UTM 2020 merupakan satu usaha UTM untuk berkongsi pencapaian dan strategi tahun 2019 kepada pemegang taruh dari dalam dan luar UTM
JOHOR BAHRU, 24 Okt. â Sebuah sesi Town Hall : Pencapaian 2019 dan Strategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2020 telah berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, kampus Johor Bahru pada 24 Oktober 2019.
Tonwhall atau Sesi Jerayawara merupakan satu usaha UTM untuk berkongsi pencapaian dan strategi tahun 2019 kepada pemegang taruh dari dalam dan luar UTM.
Input yang diperoleh dari sesi ini amat berguna untuk membantu universiti dalam merangka UTM EnVision 2025.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dalam ucapan alu-aluan berkata, UTM akan meletakkan slogan âUniversiti Untuk Masyarakatâ sebagai perancangan utama tahun 2020 bagi institusi bertaraf âUniversiti Penyelidikanâ ini.
Menurut beliau, ia adalah selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik menerusi ucapannya pada perhimpunan bulanan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mei 2019 yang lalu yang mahukan âkiblatâ universiti berubah kepada ke arah menyelesaikan masalah masyarakat.
“Universiti telah mengadaptasikan konsep Universiti untuk masyarakat melalui program pembangunan mahasiswa yang dibentuk menerusi pelaksanaan program Total Campus Experience.
Sebagai contoh, 5 Excellent Tracks Program (5ETP) merupakan sebuah perencanaan diwujudkan oleh UTM bagi membangunkan bakat, minat, menjana kreativiti dan motivasi secara holistik untuk melahirkan mahasiswa UTM yang dinamik dan berkualiti.
âIni membuktikan tekad, kesungguhan dan inisiatif UTM dan universiti awam secara umum dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berdaya maju dan cemerlang bagi menerajui negara dan masyarakat. Hakikatnya, inilah sumbangan utama universiti sejak sekian lama,â katanya.
Turut hadir ialah Speaker Dewan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan Bin Kaiat, Pro-Naib Canselor (Strategi) UTM, Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad, Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin dan Pendaftar UTM, Abdul Razib Hj. Shahuddin.
Menurutnya lagi, sebanyak empat âpeluangâ harus diteroka oleh UTM dalam usahanya untuk memantapkan lagi slogan âUniversiti untuk Masyarakatâ iaitu Konsep 3 People (Mahasiswa, Staf dan juga Alumni) dan âMemanusiakanâ Pendidikan untuk manusia (Humanizing Human Education).
UTM juga harus membina reputasi yang baik dalam lapangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di arena antarabangsa dan juga tempatan serta membina Jaringan Perhubungan yang rapat dengan pihak industri dan juga komuniti sekitarnya.
âDalam membina perhubungan yang rapat dengan pihak komuniti dan juga industri, kita seharusnya melihat semula bidang dan juga hasil penyelidikan yang telah ataupun sedang diusahakan.
Bagi keberkesanan yang lebih mendalam, hasil penyelidikan yang terhasil perlulah bersifat sebagai penyelesai masalah kehidupan ataupun sektor perkilangan dan industri dan bersifat boleh komersil untuk seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara,â katanya.
Program anjuran Pejabat Naib Canselor yang telah disertai oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dari seluruh UTM ini diadakan bagi membolehkan pengunjung memperolehi maklumat yang lebih jelas dan telus berkaitan dengan pencapaian jabatan ini berpandukan Pelan Global Universiti 2020.




