The Japanese-Language Proficiency Test (JLPT) is the largest Japanese-language test in the world developed in 1984 to assess and certify the Japanese-language proficiency of non-native speakers. It is jointly organized by the Japan Foundation and Japan Educational Exchanges and Services (previously Association of International Education, Japan); and offered in Malaysia and in more than 100 cities around the globe.

In 2011, Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) Johor Baharu was selected as a test center and since then, UTM Johor Bahru has been the center with the second highest number of candidates among all the five centers in Malaysia.

This year, will be the fourth year in which UTM will hold the JLPT test with more than 200 candidates sitting for the exam on the 7th of December.

Candidates will be tested on language knowledge, reading and listening ability with five levels from N1 through N5, with N5 being the lowest level. Not only is JLPT a skill measurement, it is currently used for employment screening, promotion evaluation and qualification acknowledgement. The JLPT certificate, for example, has enabled UTM graduates to secure employment with Japanese Corporations in Japan and Malaysian-based Japanese companies, acquire scholarships such as the Mumbukagakusho Scholarship, further studies in Japanese universities as well as undertake internships and intensive courses in Japan.
UTM Pusat Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun (JLPT)

Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun atau The Japanese-Language Proficiency Test dan singkatannya JLPT adalah ujian bahasa Jepun yang terbesar di dunia yang dicipta pada tahun 1984 untuk menilai dan mengesahkan penguasaan bahasa Jepun di kalangan pengguna bukan berbangsa Jepun. Ia dianjurkan bersama oleh Yayasan Jepun dan Japan Educational Exchanges and Services yang sebelum ini di kenali sebagai Association of International Education, Japan.

Pada tahun 2011 , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru telah dipilih sebagai pusat peperiksaan dan sejak itu , UTM Johor Bahru merupakan pusat dengan jumlah calon kedua tertinggi di kalangan lima pusat peperiksaan JLPT di Malaysia .

Tahun ini menyaksikan tahun keempat UTM menganjurkan ujian JLPT untuk lebih daripada 200 calon yang akan menduduki peperiksaan pada 7 Disember.

Ujian ini merangkuman pengetahuan bahasa, keupayaan membaca dan mendengar dengan lima peringkat bermula dari tahap N5 sehingga tahap tertinggi iaitu N1. JLPT bukan sahaja merupakan ukuran kemahiran bahasa, tetapi sijil JLPT turut digunapakai sebagai penilaian kenaikan pangkat dan pengesahan kelayakan seseorang. Keputusan ujian JLPT, sebagai contoh , telah membolehkan graduan UTM mendapatkan pekerjaan dengan Syarikat Jepun di Jepun dan syarikat-syarikat Jepun yang berpangkalan di Malaysia , memperoleh biasiswa seperti Biasiswa Mumbukagakusho, menyambung pelajaran di university di Jepun serta menjalankan latihan dan kursus intensif di sana.