April 25, 2024

Search
Close this search box.
click for larger view
Program Inovasi Penyelidikan Sains Mikrograviti Peringkat Universiti 2012
Anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Sukacita dimaklumkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) akan menganjurkan Program Inovasi Penyelidikan Sains Mikrograviti Peringkat Universiti 2012 sebagai salah satu aktiviti di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012.

 

Objektif utama program ini ialah untuk membangunkan keupayaan modal insan dalam bidang penyelidikan sains mikrograviti selain sebagai platform kepada penyelidik muda dalam mencetuskan idea kreatif dan inovatif menjalankan eksperimen sains dalam suasana mikrograviti.

 

Penyertaan terbaik di peringkat kebangsaan (jika ada) akan diberi Anugerah Program Inovasi Penyelidikan Sains Mikrograviti Peringkat Universiti 2012 (Parabolic Flight 2012) dan seterusnya akan dinilai oleh Jawatankuasa khas Asian KIBO Task Force dalam program serantau Asian Student’s Parabolic Flight 2012 yang akan berlangsung di Nagoya, Jepun (bergantung kepada syarat semasa JAXA).

 

Program ini dibuka kepada semua penuntut sarjana muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta tempatan. Maklumat terperinci dan lain ? lain syarat kemasukan adalah seperti di dokumen Pelawaan Memberi Cadangan (Request for Proposal RFP) yang boleh diperoleh di laman web www.angkasa.gov.my. Sehubungan dengan itu, ANGKASA dengan sukacitanya mempelawa pihak Y.Bhg Datuk/Dato?/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, untuk menyertai program ini dengan mengemukakan dokumen RFP yang lengkap sebelum 20 Julai 2012..

[ Muat Turun Dokumen Berkaitan ]

Urus setia,

Program Inovasi Penyelidikan Sains Mikrograviti Peringkat Universiti 2012,
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI),
Pusat Angkasa Negara,
Lot 2233, Kg. Sg. Lang,
47200 Banting, Selangor

(u.p.: Mohd Helmy Bin Hashim)
E-mel : helmy@angkasa.gov.my

Tel: 03-8888 8668 / 012-368 9780

Layari Portal Pendidikan Sains ANGKASA url: http://astronomi.angkasa.gov.my

Explore More