April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 1 Mei 2012: Ketua Kumpulan Penyelidikan Bersekutu Air (Water Research Alliance) Profesor Dr. Zulkifli  Yusop dan mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Marzuki Khalid diterima menjadi  Fellow Akademi Sains Malaysia (SM).

Keanggotaan mereka dalam bidang kepakaran kejuruteraan dan sains komputer dipersetujui oleh mesyuarat agung ASM yang diadakan pada  28 April lalu.

Berikutan itu, bilangan staf akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diterima menjadi fellow ASM meningkat kepada lima orang.

Mereka yang telah menjadi Fellow ASM ialah Naib Canselor Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Profesor Dr Halimaton Hamdan.

Explore More