April 27, 2024

Search
Close this search box.

Oleh HANIZA HASSAN

Sumber: Utusan Malaysia
SEBAHAGIAN wakil UTM dan penduduk setempat mengerjakan ibadah korban sempena Program Korban, Aqiqah dan Khidmat Masyarakat Bersamamu Kemboja 2011 di Kampung Chnnang, Kemboja, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi 22 kakitangan dan individu yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tetap meriah biarpun bukan di tanah air.

Malah, sambutan sederhana di bumi Kemboja itu tetap meriah dengan ibadat korban sebanyak 22 ekor lembu.

Pengarah Pusat Kesihatan UTM, Dr. Ismail Ahmad berkata, kesemua lembu berkenaan diagih-agihkan ke beberapa daerah di Kampung Chnnang, Kemboja untuk dikorbankan.

“Ibadah yang dilaksanakan itu bagi menzahirkan syukur kepada Allah SWT terhadap nikmat-Nya selain memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

“Malah, ibadat korban di Kemboja merupakan kali ketiga diadakan sejak 2009. Kita berharap ia mampu memberi manfaat kepada penduduk beragama Islam di kawasan setempat,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kebajikan Masyarakat, Veteran dan Pemulihan Belia Kemboja, Ismail Osman.

Explore More