April 20, 2024

Search
Close this search box.
Profesor Zaini menyampaikan ucapan bulanan di Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 14 November: Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang menggesa semua staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berfikir secara lebih meluas (think big) untuk menjadi universiti bertaraf dunia.

Menurutnya, mereka perlu memberikan komitmen yang tinggi dan bekerja dalam satu pasukan untuk melaksanakan strategi yang dirancang bagi mencapai matlamat yang diidamkan.

“Kita sekarang berada di bulan November iaitu penghujung tahun 2011 dan kita kena bertafakur serta lihat semula apa yang telah kita capai bagi tahun ini hasil perancangan yang dilakukan pada tahun sebelumnya.

“Perancangan adalah sesuatu yang besar yang kita tidak boleh capai sekarang. Kita perlu merancang benda yang besar yang boleh memberikan impak besar dan meletakkan kita diperingkat yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan bulanan bersama dengan staf UTM di Dewan Bangkuet, UTM Johor Bahru.

Profesor Zaini menjelaskan, dalam lawatannya ke Hong Kong City University baru-baru ini, universiti berkenaan adalah sebuah universiti yang lebih muda dari UTM tetapi mempunyai perancangan yang besar iaitu menjadi 50 universiti terkemuka di dunia.

“Universiti ini bermula pada tahun 1990 dengan perancangan yang cukup besar iaitu menetapkan 80 peratus staf adalah lulusan PhD dari 20 universiti ternama dunia seperti Cambridge, Imperial College, Massuchette Institute of Technology (MIT) dan Oxford.

“Manakala staf bukan akademik adalah terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di syarikat multi nasional di dalam dan luar negara yang sangat bermotivasi, berpemikiran antarabangsa dan mendapat latihan yang secukupnya yang menyebabkan perkembangan universiti tersebut sangat hebat,” katanya.

Naib Canselor berkata, pihak pengurusan Universiti telah mengadakan perbincangan dan membuat perancangan sehingga tahun 2020 dengan mementapkan 100 peratus staf akademik memiliki PhD.

“Sekarang kita nak tumpukan kepada pembuatan strategi sehingga tahun 2020 dengan memfokuskan dan membuat penjajaran semula supaya tahun 2020 UTM menjadi 200 universiti terbaik dunia,” katanya.

Profesor Zaini berkata, beliau meletakkan sasaran 200 universiti terbaik di dunia kerana walaupun UTM berusaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, ada universiti lain juga berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi universiti terbaik di dunia.

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua warga kampus memantapkan komitmen agar dapat melaksanakan strategik yang dirancangkan secara efektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Explore More