Prof. Zaini mendengar taklimat sebelum memulakan perjalanan masuk ke hutan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, 28 November : Lebih 100 pelajar dan staf menyertai Naib Canselor Prof. Dato’ Ir. Dr.  Zaini Ujang berjalan menyusuri denai di sekitar kawasan hutan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pagi ini.

Mereka memulakan program memasuki hutan berhampiran bulatan Kolej 17 mendaki kawasan berbukit setinggi 160 meter dari aras laut dalam keadaan laluan yang licin dan becak.

Sepanjang laluan Naib Canselor berhenti di beberapa jeram kecil melihat aliran air dan memberikan beberapa cadangan menaikkan taraf kawasan berkenaan yang berpotensi dijadikan tarikan pengunjung.

Laluan denai sepanjang 3 kilometer berakhir di kawasan rekreasi yang menjadi tarikan sekolah, badan beruniform, persatuan dan pertubuhan dari dalam dan luar UTM mengadakan aktiviti perkhemahan dan riadah.

Selepas menamatkan perjalanan semua peserta dijamu dengan nasi ambang dan dua ekor rusa panggang.

Aktiviti kali ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan Prof. Dr. Wahid Omar, Pendaftar Tn. Hj. Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman, Pengarah Kerja Prof. Madya Dr. Abd. Latif Saleh, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) Prof. Dr. Safaai Deris, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof. Dr. Roslan Abd Rahman,  Pengarah Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Prof. Dr Maketab Mohamad, Dekan Research Alliance Water Prof. Dr. Zulkifli Yusop, Dekan Research Alliance Sustainability Prof. Dr. Rahmalan Ahamad dan beberapa orang pengetua kolej.

Salah satu jeram yang dikunjungi oleh Prof. Zaini semasa menyusuri denai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar perempuan menyeberang anak sungai untuk sampai ke kawasan rekreasi UTM.

Prof. Zaini menikmati daging rusa panggang bersama nasi ambang di kawasan rekreasi UTM.