DYMM SUltan Ibrahim diiringi oleh Prof. Zaini melawat pameran senibina Bugis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, 28 November : Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar meraikan lebih 200 peserta Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), malam tadi.

Ketibaan baginda dan  Tengku Temenggung Johor Yang Amat Mulia Tunku Idris Ibni Sultan Ibrahim di pekarangan Dewan Sultan Iskandar disambut oleh Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang dan isteri.

Selain menikmati hidangan makanan masyarakat Bugis seperti burasak para hadirin dihiburkan dengan persembahan teter oleh sekumpulan pelajar Indonesia dari Makasar menuntut di UTM dan persembahan kumpulan gambus Bugis.

Konvensyen Antarabangsa Bugis Diaspora yang pertama diaadakan di negeri Johor dianjurkan oleh Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM), Fakulti Alam Bina dihadiri oleh peserta dari Sulawesi, Indonesia, Tawau, Sabah, Johor dan Selangor.

 

Peserta konvensyen tidak melepaskan peluang bersalaman dengan DYMM Sultan Ibrahim.