April 20, 2024

Search
Close this search box.
Dr. Rahmat menerima piala dari Dato’ Sri Peter Chin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Teknologi Gas (GASTEG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakar sejarah apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri anjuran Suruhanjaya Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, 11 Oktober lalu.

Turut menerima anugerah yang bagi kategori yang sama yang menawarkan hadiah wang tunai RM10 ribu, trofi dan sijil ialah Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) dan Institut Latihan Kemahiran Mara, Lumut.

GASTEG telah diwakili oleh Prof. Dr. Ariffin Samsuri, Dekan Fakulti Kejuruteraan Petroleum & Kejuruteraan Tenaga Diperbahrui (FPREE), Prof. Madya Engr. Dr. Rahmat Mohsin, Pengarah GASTEG dan Prof. Dr. Zulkefli Yaacob, Timbalan Dekan Pembangunan dan Pengajian Siswazah FPREE.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui di Majlis Anugerah Industri Tenaga 2011, di ibu negara yang dianjurkan bagi menghargai sumbangan cemerlang institusi dan individu yang terlibat di sektor industri tenaga di dalam pembangunan industri tersebut sehingga ke hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke-10 penubuhan Suruhanjaya Tenaga.

Yg. Bhg. Tan Sri Tajuddin Ali, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ahmad Fauzi Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Dato Sri Che Khalib Mohamad Noh, Presiden dan Ketua Pegawi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, badan-badan berkanan dan pihak swasta  turut menghadiri majlis tersebut.

Anugerah lain yang dipertandingkan ialah Kategori Institusi Latihan, Kontraktor, Kecekapan Tenaga dan Tokoh Industri Tenaga Malaysia yang disertai oleh pebagai lapisan sektor awam dan pihak swasta yang terlibat secara terus di dalam aktiviti tenaga khususnya elektrik dan gas di Malaysia.

Hadiah Kecemerlangan Tokoh Industri Tenaga telah dimenangi dan diungguli oleh Yg. Bhg. Tan Sri Dato Amar Leo Moggie  bagi menghargai jasa dan sumbangan berterusan beliau di dalam industri tenaga.

Explore More