April 26, 2024

Search
Close this search box.

Konvokesyen ke47: Azad dan Chew Ing penerima Anugerah Pelajaran DiRaja

Azad berkongsi kegembiraan bersama isteri serta ibu dan bapanya.

 

24 September 2011: – Percaya pada kemampuan diri dan fokus dalam pelajaran menjadi pendorong kepada kepada kejayaan Azad Anugerah Ali Rasol,23, sehingga dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja pada Maljis Konvokesyen ke-47 UTM, padi tadi.

Bekas pengarah Ekspedisi Buiodiesel Johor ke Surat Thani, Thailand pada tahun 2009 adalah merupakan anak kedua dari empat orang adik-beradik bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan berazam untuk membalas jasa ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk beliau.

Isteri beliau, Siti Aminah binti Setu, 24, turut berbangga dengan kejayaan suaminya ini dan menyatakan kejayaan suaminya ini menjadi inspirasi kepada beliau yang sedang menyambung pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Oxford.

Pasangan berkenaan yang baru melangsung perkahwinan enam bulan lalu mendapat berita gembira apabila isterinya yang juga pensyarah UTM mengandung tiga bulan.

Siti Aminah tiba dari London Ahad lalu untuk bersama merai kejayaan suaminya akan kembali semula meneruskan pengajiannya Selasa ini.

Sementara itu ibu Azad,berkata, kejayaan anaknya adalah anugerah Allah dan anaknya itu dapat membantu merubah kehidupan kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai buruh ladang di Segamat.

Azad telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak Schlumberger di Denmark dan akan mula bekerja di sana November ini.

Sementara itu, Lew Chee Ing yang berasal dari Kuching, Sarawak juga penerima Anugarah Pelajaran Diraja berkata pengururan masa yang betul amat penting dalam membantu beliau sehingga mencapai anugerah tersebut.

Beliau yang aktif dalam sukan badminton ketika menuntut di UTM berkata bidang akademik dan sukan adalah sama penting dan perlulah seimbang bagi menjamin kejayaan dan kesihatan dirinya.

Liew Chee Ing kini telah seminggu bekerja dengan syarikat minyak Schlumberger di Labuan.

Explore More