April 25, 2024

Search
Close this search box.

23 September: – SERAMAI 4,946 graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menerima ijazah masing-masing di majlis Konvokesyen ke-47 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 September ini.

Pada konvokesyen kali ini seramai 76 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD),  Sarjana – 842, Sarjana Muda – 3,543 dan Diploma – 485.  Seramai 596 penerima ijazah sarjana muda adalah graduan kelas pertama dan 2,947 graduan kelas kedua.

Jumlah graduan dari luar negara ialah seramai 341 orang yang terdiri dari 30 PhD, 266 Sarjana dan 45 sajana muda.

Canselor UTM Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menyampaikan ijazah kepada para graduan.

Baginda juga akan menyampaikan Ijazah Kehormat Dr. Pengurusan Awam kepada mantan Pro Canselor UTM, Yang Amat Berbahagia Tun (dr) Abdullah Ayob dan gelaran Profesor Emeritus kepada mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) Profesor Dato’ Dr Ismail Bakar.

 

Explore More