April 27, 2024

Search
Close this search box.

357 mahasiswa senibina sertai NEON’ 17

JOHOR BAHRU, 19 Ogos 2017 – Seramai 357 orang mahasiswa jurusan senibina dari seluruh negara telah menyertai The 29th Annual Architectural Student Workshop (NEON) 2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina dengan kerjasama Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Alat tulis dijual di Bazar Keusahawanan ‘Barzzrevo’ di dataran Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru sempena NEON’17 bagi memupuk semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa jurusan senibina.

Program itu dirasmikan oleh Presiden Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Ar. Ezumi Harzani Ismail bertempat di Dewan Sultan Iskandar.

Peserta berbincang mengenai strategi pertandingan senibina sempena NEON’ 17. 

Pengarah Program, Ahmad Haziq Kamarudin berkata, matlamat utama program itu untuk mengumpulkan mahasiswa jurusan senibina dari seluruh negara bagi membolehkan mereka bertukar-tukar idea serta mendapat informasi terkini mengenai bidang senibina.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah Jelajah Bandaraya Johor Bahru dengan usahasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Bicarawara Sungai Segget dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA).

“Selain itu, Pertandingan Perabot Awam (Street Furniture) Sungai Segget dengan kerjasama ThinkCity, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertanggungjawab memberikan dana bagi sumbangan idea pembangunan bandar turut diadakan,” katanya.

Disamping itu, bagi menyesuaikan dengan dasar semasa universiti yang ingin memupuk semangat keusahawanan di kalangan warganya, penganjur juga mengadakan Bazar Keusahawanan ‘Bazaarevo’ secara usahasama dengan Kedai Serbanika jenama terkenal negeri Johor iaitu JOHO.

“Kami juga menganjurkan pertandingan senibina bagi menguji kemahiran dan daya kreativiti para perserta yang menyertai program ini.

“Pertandingan ini hanya dibuka kepada peserta jemputan sahaja tanpa ada sebarang penyertaan dari mahasiswa UTM bagi menggalakkan penjurian yang lebih profesional,” katanya.

Beliau berkata, program itu mula dianjurkan pada tahun 1987 secara bergilir-gilir melibatkan sekolah-sekolah dan pada tahun ini penganjurannya kembali ke tangan UTM sempena ulang tahun yang ke-30 membabitkan 186 pelajar senibina peringkat Sarjana Muda dan Sarjana UTM.

Explore More