ISI KANDUNGAN PANDUAN PENULISAN DAN PENGGUNAAN UTM NEWSHUB

  1. TUJUAN
  2. LATAR BELAKANG UTM NEWSHUB
  3. PANDUAN PENULISAN
    1. Kategori Artikel
    2. Kriteria Umum
    3. Format Artikel
  4. KLASIFIKASI BERITA
  5. PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL UTM NEWSHUB
    1. Log Masuk
    2. Pemilihan Bahasa
    3. Memuat naik Tajuk dan Isi Kandungan Artikel
    4. Memuat naik Imej Utama (Featured Image) dan Imej Sokongan Artikel (Article Support Image)
    5. Pemilihan Kategori dan Jabatan (Category and Department)
    6. Penghantaran Artikel
  6. PENUKARAN PAPARAN NAMA PROFIL
  7. STATUS PENGHANTARAN ARTIKEL
    1. Published
    2. Pending Review
    3. Pending Author
    4. Proofreading
    5. Rejected
  8. JUSTIFIKASI PENERBITAN ARTIKEL
  9. PINDAAN DAN KEMAS KINI
  10. PENUTUP
  11. MAKLUMAT LANJUT
1.0 TUJUAN

Buku Panduan ini diwujudkan sebagai rujukan bagi seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia dalam penulisan artikel berita dan rencana yang boleh dimuat naik ke dalam portal UTM NewsHub. Dokumen ini juga menetapkan proses dan keperluan yang perlu dipenuhi oleh pengguna portal bagi memuat naik artikel di portal ini.

2.0 LATAR BELAKANG UTM NEWSHUB

UTM NewsHub merupakan portal berita rasmi UTM yang mula dibangunkan pada 2010. Portal ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi platform kepada warga Universiti berkongsi kisah pencapaian, pelaksanaan program dan acara, dan wacana yang dapat memberi impak kepada Universiti serta manfaat kepada warga kampus, komuniti dan negara. Platform ini kemudiannya telah ditambah baik pada 2023 bagi memberi perwajahan baharu dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

3.0 PANDUAN PENULISAN
3.1 Kategori Artikel

3.1.1 Artikel Berita

(a) Penulisan yang melaporkan kejadian/peristiwa informasi/pencapaian mengenai sesuatu yang telah atau sedang terjadi.
(b) Penulisannya adalah bersifat menyeluruh.
(c) Pelaporan adalah jelas dan mudah, tepat, tidak panjang dan menampilkan info yang penting sahaja.

3.1.2 Artikel Rencana

(a) Penulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan sesuatu perkara/isu.
(b) Mengandungi fakta yang dikemukakan berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan penulis.
(c) Mempunyai nilai intelektual yang boleh merangsang minda pembaca.

3.2 Kriteria Umum

3.2.1 Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris standard.
3.2.2 Kepanjangan artikel berita ialah di antara 400 hingga 500 patah perkataan.
3.2.3 Kepanjangan artikel rencana ialah di antara 700 hingga 900 patah perkataan.
3.2.4 Mengandungi maksimum lima (5) gambar di dalam teks artikel.
3.2.5 Mengandungi satu (1) gambar utama (featured image) bagi setiap artikel.
3.2.6 Judul artikel tidak melebihi 10 patah perkataan (160 karakter).
3.2.7 Topik pemberitaan perlu berkaitan acara atau aktiviti yang dapat menunjukkan impak yang baik kepada Universiti dan komuniti secara umumnya.

3.3 Format Artikel

3.3.1 Bagi menghasilkan artikel yang baik, penulisan artikel kebiasaannya perlu mengikuti format berikut:

(a) Tajuk Artikel
(b) Tempat dan Tarikh (bagi artikel berita)
(c) Pendahuluan
(d) Isi/Badan Artikel
(e) Penutup (jika perlu)

3.3.2 Penerangan ringkas berkaitan struktur adalah seperti berikut:

 (a) Tajuk Artikel

Tajuk artikel perlu ringkas dan menggambarkan topik yang diceritakan. Tajuk ini haruslah mampu menarik perhatian pembaca dan mudah difahami.

(b) Tempat dan Tarikh

Setiap artikel berita perlu menyatakan tempat (daerah program berlangsung) diikuti dengan tarikh (dd/mm), contoh JOHOR BAHRU, 12 Dis.-. Penyataan tempat dan tarikh ini untuk memudahkan pembaca menjadikannya sebagai rujukan berita. Artikel rencana pula boleh ditulis tanpa memasukkan tempat dan tarikh.

(c) Pendahuluan

Pendahuluan merupakan ringkasan yang menerangkan tentang tajuk dan mengandungi maklumat 5W1H (Apa, Bila, Di mana, Siapa dan Mengapa) berkaitan topik. Perenggan pertama ini amat penting kerana ia boleh menjadi penentu kepada seseorang pembaca sama ada ingin meneruskan pembacaan atau sebaliknya.

(d) Isi/Badan Artikel

Artikel Isi atau badan berita merupakan penjelasan terperinci berkaitan topik yang ditulis. Dalam menghasilkan penulisan berita yang baik, penghuraian isi pada perenggan kedua dan seterusnya haruslah ditulis secara berturutan (kronologi) yang membolehkan pembaca mengikuti perkembangan penceritaan. Penulis boleh merujuk kaedah piramid terbalik bagi menghasilkan artikel berita yang dapat menarik minat pembaca seterusnya memudahkanmereka memahami topik yang dilaporkan (rujuk Lampiran 2).

(e) Penutup

Kebiasaannya, maklumat yang paling kurang penting untuk diketahui oleh pembaca akan diletakkan dalam perenggan akhir atau kedua akhir bagi sesebuah artikel berita. Bagi artikel rencana pula, penutup merupakan rumusan kepada keseluruhan topik yang telah dibincangkan.

3.3.3 Elakkan menulis seperti format laporan acara/aktiviti secara terperinci.

3.3.4 Sekiranya artikel yang dimuat naik bukan ditulis oleh pemohon, hanya dua nama pengarang yang dibenarkan ditulis pada hujung sesebuah artikel. Begitu juga halnya jika terdapat nama penyunting bagi sesebuah artikel.

4.0 KLASIFIKASI BERITA

Mengambil kira akan minat dan hasrat warga UTM dalam berkongsi berita tentang program/aktiviti, pencapaian dan pendapat berkaitan isu-isu semasa, dikongsikan klasifikasi berita dan kelayakan penyiaran artikel seperti dalam Jadual 1.

5.0 PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL UTM NEWSHUB
5.0 Panduan Penggunaan Portal UTM NewsHub
5.1 Log Masuk

Pengguna baharu atau sedia ada boleh log masuk ke portal UTM NewsHub (https://news.utm.my/) dengan menggunakan e-mel rasmi UTM masing-masing.

Pengguna akan menerima kod verifikasi (verification code) setiap kali log masuk. Kod ini akan dihantar ke e-mel yang diberikan oleh pengguna.

5.2 Memuat naik Tajuk dan Isi Kandungan Artikel

5.2.1 Pengguna boleh memuat naik tajuk artikel dan isi kandungan artikel dengan mudah menggunakan arahan copy (Ctrl + C) dan paste (Ctrl + V) seperti dalam Rajah 1.

Jadual 1 Klasifikasi Berita dan Kelayakan Penyiaran

Bil Klasifikasi Berita Terbitan di UTM NewsHub
1 Anugerah/Pengiktirafan peringkat Antarabangsa/ Kebangsaan/Universiti
2  Anugerah/Pengiktirafan peringkat Jabatan/Sekolah/Persatuan/Kelab
3 MoU/MoA bersama Agensi/Industri
4 Projek Berimpak bersama Komuniti
5 Lawatan kerja (Melibatkan MoU/MoA/LoC)
6 Lawatan kerja (Tanpa melibatkan MoU/MoA/LoC)
7 Lawatan sambil belajar (Melibatkan aktiviti pemindahan ilmu)
8 Lawatan sambil belajar (Tanpa aktiviti pemindahan ilmu)
9 Program di peringkat Antarabangsa/Kebangsaan/Universiti
10 Program di peringkat Jabatan/Fakulti/Persatuan/Kelab
11 Program Keusahawanan melibatkan pelajar dan komuniti
12 Aktiviti dalaman Kolej Kediaman pelajar (Keraian/Ceramah/Sukan dsb.)
13 Aktiviti dalaman PTJ (Keraian/Ceramah/Sukan dsb.)

5.2.2 Pengguna digalakkan untuk merangka dan menulis draf artikel di MS Word terlebih dahulu, sebelum memuat naik draf tersebut ke WordPress Editor.

5.2.3 Tajuk artikel hendaklah tidak melebihi 10 patah perkataan.

5.3 Memuat Naik Imej Memuat naik Imej Utama (Featured Image) dan Imej Sokongan Artikel (Article Support Image)

5.3.1 Imej Utama perlulah berkualiti, tidak ‘pecah’ dan mudah difahami bagi membolehkan paparan yang optimum pada portal seperti dalam Rajah 2 hingga 5.

Rajah 1 Paparan ‘copy & paste’ draf artikel daripada MS Word ke UTM NewsHub
Rajah 2 Paparan untuk memuat naik Imej Utama
Rajah 3 Paparan untuk memilih imej
Rajah 4 Pilih imej daripada Desktop/PC. Kemudian, pilih ‘Open’ untuk memuat naik imej yang dipilih
Rajah 5 Paparan ketika proses akhir memuat naik Imej Utama

5.3.2 Hanya lima (5) gambar sahaja beserta kapsyen yang sesuai boleh dimuat naik ke dalam teks.

Rajah 6 Pilih menu ‘Add Media’ sebagai langkah pertama
Rajah 7 Pilih Menu ‘Upload files’
Rajah 8 Paparan untuk memilih Imej Sokongan
Rajah 9 Pilih imej daripada Desktop/PC. Kemudian, pilih ‘Open’ untuk memuat naik imej yang dipilih
Rajah 10 Imej yang dipilih sedang dimuat naik
Rajah 11 Imej selesai dimuat naik. Imej yang telah dimuat naik akan terpapar/ disimpan di ‘Media Library’

5.3.3 Muat Naik Klip Video sebagai Video Utama

Pengguna boleh memuat naik klip video berkaitan program yang diberitakan sebagai antara Video Utama bagi artikel berdasarkan syarat berikut:

(a) Video merupakan bahan daripada laman YouTube atau perlu dimuat naik terlebih dahulu pada laman berkenaan.
(b) Hanya satu (1) video yang dibenarkan untuk dimuat naik.
(c) Video dari laman YouTube perlu dimasukkan pada ruangan ‘Additional Field’ dengan memilih butang ‘Yes’ bagi ‘Set Video as Featured Image’ seperti dalam Rajah 12.
(d) Salin (copy) pautan URL video YouTube video yang dipilih dan tampal (paste) pada ruangan ‘Video URL’.
(e) Pengguna masih perlu memuat naik Imej Utama bagi artikel berkenaan (rujuk Perkara 5.3.1).

Rajah 12 Cara memuat naik video sebagai Video Utama
5.4 Pemilihan Kategori dan Jabatan (Category and Department)

Pengguna hanya dibenarkan memilih satu (1) Kategori dan satu (1) Jabatan bagi setiap artikel yang ingin dimuat naik. Sekiranya memilih lebih daripada satu, artikel tidak boleh dihantar bagi proses semakan (Submit for Review).

Senarai Kategori adalah sepertimana Jadual 2:

Bil Senarai Kategori
1 Current Issues
2 2025 Highlights
3 Alumni Networking
4 Awards / Winning Competition / Recognition
5 Collaboration & Networking
6 Community Engagement
7 Conference & Seminar
8 Expert Highlights
9 Impactful Project
10 Motivational Stories
11 MoU / MoA
12 News Clipping
13 Press Release
14 Professor’s Insight
15 UTM Circulation
16 UTM Convocation
Rajah 13 Senarai Jabatan (Department)
5.5 Penghantaran Artikel

Setelah semua senarai semak (checklist) telah dipenuhi, artikel boleh dimuat naik dengan menekan butang ‘Submit for Review’. Dengan menekan butang ini, proses memuat naik dianggap selesai, dan artikel bersedia untuk disemak oleh pihak Editorial UTM NewsHub (rujuk Rajah 14 dan 15).

Pemohon hendaklah memuat naik artikel berkaitan acara/ program selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh acara/program berlangsung.

Rajah 14 Senarai semak bagi membolehkan artikel dimuat naik untuk penghantaran
Rajah 15 Proses akhir memuat naik artikel dengan menekan butang ‘Submit for Review’
6.0 PENUKARAN PAPARAN NAMA PROFIL
Pengguna amat perlu menukar paparan nama bagi profil yang perlu mencerminkan identiti sebenar pengguna dan meningkatkan kebolehpercayaan sesebuah artikel. Gunakan nama sebenar yang ringkas dan mudah difahami.
Hanya gambar profesional dan rasmi dibenarkan. Gambar swafoto tidak dibenarkan sama sekali.
Pengguna boleh berbuat demikian pada ruang ‘Edit Profile’ dengan merujuk Rajah 16 hingga 18.
Rajah 16 Penukaran paparan nama profil pada ‘Edit Profile’
Rajah 17 Pengguna boleh memasukkan dan memilih nama pada ruang yang tersedia
Rajah 18 Proses akhir penetapan paparan nama profil pada bahagian bawah halaman
7.0 STATUS PENGHANTARAN ARTIKEL
7.1 Published

Artikel telah diterbitkan dan terkandung dalam paparan portal UTM NewsHub untuk bacaan umum.

7.2 Pending Review

Artikel sedang melalui proses prasemakan oleh pihak editorial UTM NewsHub untuk melihat keperluan asas bagi sesebuah artikel telah dipenuhi.

7.3 Pending Author

Artikel dikembalikan kepada pengarang untuk proses pembetulan dan penambahbaikan berdasarkan keperluan dan komen daripada pihak editorial UTM NewsHub.

7.4 Proofreading

Artikel sedang melalui proses semakan pruf bagi melihat aspek tatabahasa, kesalahan ejaan, format, ketekalan istilah dan kesesuaian ayat berdasarkan konteks pelaporan.

7.5 Rejected

Artikel tidak diterima untuk penerbitan kerana tidak memenuhi format dan keperluan asas yang telah dinyatakan selain tidak menepati Klasifikasi Berita.

8.0 JUSTIFIKASI PENERBITAN ARTIKEL

Artikel yang telah dimuat naik ke dalam portal UTM NewsHub akan melalui proses semakan dan penyuntingan oleh pihak editorial bagi melihat kesesuaian penerbitan di platform ini berdasarkan elemen yang telah dinyatakan sepertimana di atas.

Aspek kandungan dan impak artikel terhadap Universiti, komuniti dalam dan di luar kampus, industri dan negara diberi keutamaan dalam menjustifikasi kesesuaian penerbitan sesebuah artikel. Namun, justifikasi ini juga tertakluk kepada budi bicara pihak Editorial dari semasa ke semasa.

9.0 PINDAAN DAN KEMAS KINI

Panduan ini adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial.

10.0 PENUTUP

Panduan ini diharap dapat memberi pencerahan dan menjadi rujukan kepada warga UTM untuk menghasilkan artikel yang bermutu agar dapat diterbitkan di portal berita dalam talian rasmi Universiti; UTM NewsHub. Pemaparan artikel yang bermutu dan berimpak amat penting sebagai bahan komunikasi dan bukti warga UTM sentiasa komited dalam menjalankan fungsi dan memberi manfaat kepada masyarakat dan seterusnya negara.

11.0 MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai kandungan panduan ini boleh diajukan kepada:

Seksyen Berita dan Perhubungan Media
Bahagian Perhubungan Korporat
Pusat Komunikasi Korporat
Pejabat Strategi dan Kesohoran Global
Jabatan Canseleri
Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
81310 UTM Johor Bahru.
E-mel: corporatemedia@utm.my

LAMPIRAN 1

CONTOH ARTIKEL

1.0 Artikel Berita

2.0 Artikel Rencana

LAMPIRAN 2

Struktur Penulisan piramid terbalik
Diubah suai daripada Stoval (2012)

Carta Alir Proses Penerbitan UTM NewsHub

UTM Open Day