Department: Malaysia-Japan International Institute of Technology

Pertandingan Persahabatan Robotik Sekolah Menengah Anjuran MJIIT dan Universiti Yamaguchi

Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan dengan kerjasama Universiti Yamaguchi telah mengadakan satu pertandingan persahabatan robotik dalam kalangan pelajar sekolah di bawah umur 18 tahun. Program selama dua hari itu telah dikelolakan oleh Dr. Ahmad Muhsin Ithnin, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kejituan MJIIT dan Dr. Mohd Azizi Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektronik Sistem MJIIT dan diselia oleh wakil dari Universiti Yamaguchi, Prof. Madya Dr. Tsuyoshi Koga (Graduate School of Sciences and Technology for Innovation(Engineering). Sebanyak 4 buah sekolah dijemput iaitu SMK Aminuddin Baki, SMK Padang Tembak, SMK Seri Gombak dan St John`s Institution dan setiap sekolah diwakili oleh 4 orang pelajar.

Baca Lebih Lanjut

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Subscribe to Our Newsletter