Department: Faculty of Engineering

UTM lancar projek Vortex Hidro pertama di Malaysia bekalkan elektrik percuma kepada masyarakat orang Asli

Cameron Highlands, 15 Ogos 2018: Program “Integrasi Vortex Hidro dan Aktiviti Ekonomi Masyarakat Orang Asli” ini merupakan projek Vortex Hidro yang pertama di Malaysia bagi membekalkan elektrik secara percuma kepada masyarakat luar bandar yang terpencil. Ia merupakan projek komuniti yang memberi penekanan kepada faktor alam sekitar, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan (Environment, Economy, Social, Technology & Education). Projek vortex hidro ini akan melibatkan pemindahan teknologi berkonsepkan kesukarelawan berimpak tinggi, mapan, dapatan hasil yang segera dan kos yang murah (high impact, sustainability, rapid execution & low cost).

Program ini dilaksanakan di Kg Lemoi, Pos Lemoi, Cameron Highlands. Kg Lemoi menempatkan sekitar 40 Ketua Isirumah (KIR) dan 206 Ahlli Isirumah (AIR) dengan jumlah penduduk seramai 246 orang.

Projek ini merupakan projek vortex hidro elektrik yang pertama di Malaysia yang dilaksanakan di perkampungan orang asli. Ia juga merupakan projek integrasi vortex hidro dan aktiviti ekonomi dengan bertemakan “Engineering as engine for economic growth & social innovation”, iaitu bagaimana melalui vortex yang dibangunkan boleh menjana bekalan elektrik, air untuk kemudahan asas dan digunakan juga untuk menjana aktiviti ekonomi.

Baca Lebih Lanjut

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!