Department: Faculty of Engineering

Dari Siswa untuk Masyarakat, Inovasi Sosial Bawa Manfaat

Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UTM (SKM UTM) dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Kota Tinggi dan penduduk Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi telah mengambil inisiatif murni dengan menganjurkan projek “Dari Siswa Untuk Masyarakat”, sebuah projek berbentuk Academic Service Learning (ASL) menerusi platform anak angkat, bermula 26 sehingga 29 Julai 2022. Projek ini melibatkan 12 orang mahasiswa dan mahasiswi SKM UTM, dengan hasrat untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda di kampung untuk lebih meminati sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).