Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM telah melaksanakan Majlis Anugerah Gemilang Mahasiswa 2020 (GEMA 2020) secara atas talian pada 18 Mac 2021. Majlis diadakan bertujuan untuk menghargai setiap pencapaian mahasiswa UTM pada sesi 2019/2020, daripada pelbagai kategori aktiviti pembangunan pelajar merangkumi aspek kepimpinan, kebudayaan, kesukarelawanan, dan inovasi. Secara keseluruhannya, terdapat 31 anugerah yang dipertandingkan, termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Naib Canselor. Pada edisi GEMA 2020 kali ini, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) telah berjaya mengungguli dua anugerah iaitu Anugerah Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman dan Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan menerusi Dr. Norahim bin Ibrahim, selaku Pengetua KTHO dan saudari Naeimatul Hidayah binti Abdul Ghani, selaku Pengarah Program Kembara Sabah 2020 (Kbah ’20).