Pusat Islam

Warga KTHO Manfaatkan Masa Dengan Quran Time

Pada 16 Mac 2021, Biro Kerohanian dan Sosial, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) UTM sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM telah menganjurkan program Quran Time Siri 1 menerusi aplikasi persidangan video Cisco Webex. Program ini disertai oleh 116 orang mahasiswa merupakan antara inisiatif bersama Pusat Islam UTM, Pejabat HEP UTM dan JKM KTHO dalam usaha untuk mendekatkan mahasiswa untuk lebih mendalami Al-Quran menerusi elemen 4T (Tilawah, Tajwid, Tafsir & Tadabbur). Program bermula pada pukul 9.00 malam, dengan perkongsian disampaikan oleh Ustaz Panji Alam bin Mazhisham, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Aktiviti Pelajar Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM.