Jabatan Canseleri

ISES harus diterima tanpa syarat oleh warga UTM – Naib Canselor

JOHOR BAHRU, 3 Mei – Empat nilai murni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian (ISES) seharusnya diterima oleh semua warga yang bekerja ataupun menuntut di universiti itu. Ini bagi menghasilkan sebuah institusi pendidikan tinggi yang unggul, berdaya saing dan juga bergerak selaras dengan perubahan zaman. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts …

ISES harus diterima tanpa syarat oleh warga UTM – Naib Canselor Read More »

BAKES Santuni Kg Orang Asli Sayong Pinang

Pada 19 Mac lalu, Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Perkampungan Orang Asli Sayong Pinang Kota Tinggi. Program setengah hari itu telah dijayakan bersama beberapa rakan sinergi iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pusat Islam UTM dan Persatuan Pegawai Tadbir UTM (PERTISAS). Tujuan utama program ini adalah untuk membantu masyarakat …

BAKES Santuni Kg Orang Asli Sayong Pinang Read More »

ViCE kembali dengan aktiviti yang lebih menarik //

ViCe 3.0 kembali catat kegemilangan Disediakan oleh : Yusril Ehza Mahendra JOHOR BAHRU, 25 April – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kolaborasi Institut Kejuruteraan dan Teknologi atau IET telah menganjurkan Program Virtual Capstone Experience (ViCE 3.0). Program yang merupakan kesinambungan daripada ViCE 2020 ini telah mendapat penyertaan seramai 60 orang mahasiswa dari lima buah universiti antarabangsa …

ViCE kembali dengan aktiviti yang lebih menarik // Read More »

Mendalami Surah Al-Fatihah Mengukuhkan Akidah

Pada 13 April lalu, Biro Kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9&10 telah bekerjasama dengan Pusat Islam UTM menjalankan sebuah program dipanggil Program Quran Time 2021 (Siri 5). Program ini dijalankan selama 1 jam dan merupakan sebuah forum yang mengupaskan topik-topik yang bermanfaat seperti Tilawah Al-quran, Terjemahan, Tajwid dan makhraj huruf serta Tafsir ayat Al-quran.   Program ini …

Mendalami Surah Al-Fatihah Mengukuhkan Akidah Read More »

Wellbeing Week

Menyelami Kesihatan Mental dengan sambutan Well-being Week di Kolej Tun Razak

Pada 5 April 2021 yang lalu, Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Razak (KTR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melangsungkan sebuah Program Well-being Week Program yang berlangsung selama 5 hari tersebut dijalankan secara dalam talian. Pengarah program, Mohammad Aizuddin Hafizi Bin Hisham berkata program ini adalah untuk mengajak peserta meluangkan masa …

Menyelami Kesihatan Mental dengan sambutan Well-being Week di Kolej Tun Razak Read More »

DESAP ’21 Platform Warga KTHO dan ADABI Santuni Barisan Hadapan Covid-19

Suasana pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda di negara kita menjadi inspirasi kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dan ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. untuk turut sama menyumbang dalam menaikkan semangat barisan hadapan Covid-19 yang terus mencurahkan bakti tanpa mengira masa hatta di bulan Ramadan yang mulia ini. Oleh sebab itu, JKM KTHO dan ADABI Consumer mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan ‘ADABI: Sedia, Masak dan Kongsi’ dalam Program Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ’21) untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi terutama yang masih berada di rumah untuk menonjolkan bakat menyediakan menu makanan dalam bentuk video pendek ala-ala pempengaruh media sosial (media social influencer) seperti Khairulaming, seterusnya menyumbang dan mengagihkan hasil masakan tersebut kepada barisan hadapan negara yang sedang bertugas sebagai menghargai jasa mereka.

ADABI Sokong Penuh Inisiatif ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ Menerusi DESAP ‘21

Penganjuran program Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ’21) diambil peluang sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) untuk mengaplikasikan pengetahuan berkaitan kelestarian, yang mana pengetahuan tersebut telah pun dipelajari dan dikutip sepanjang tempoh lima minggu pelaksanaan projek fasa awal ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ sejak 13 Mac 2021. Menyedari hakikat bahawa aktiviti penyediaan makanan iftar untuk DESAP ’21 akan menghasilkan kuantiti signifikan sisa makanan seperti lebihan sayur-sayuran, kulit bawang, kerak nasi dan air basuhan beras, maka JKM KTHO dengan sokongan penuh ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan memanfaatkan sisa-sisa tersebut untuk dijadikan baja kompos dengan menggunakan teknik rawatan bokashi.

UTM Anjur Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Universiti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2021

Disediakan oleh : Panji Alam Bin Mazhisham Buat julung kalinya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS) telah menganjurkan Tilawah Al – Quran Universiti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2021 bermula 10 Mac 2021 hingga 21 April 2021 secara dalam talian. Sebanyak 63 penyertaan diterima daripada universiti awam …

UTM Anjur Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Universiti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2021 Read More »

UTM anjur USR di ‘Sekolah Angkat’ Kg Mawai Bekalkan Keperluan Sekolah

Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menerima bantuan persekolahan dalam program USR Jabatan Pendaftar yang berlangsung di Dewan Raya Kampung Baru Mawai, Kota Tinggi, Johor.