Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah mengadakan satu siri kuliah Profesor Emeritus FSSH pada 23 Ogos 2020. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr Ismail Kailani dengan tajuk yang sangat menarik iaitu “Pendidikan Dulu, Kini dan Kesinambungannya”. Perkongsian yang penuh ilmiah dan bermakna ini telah disampaikan menerusi Webex dan Facebook secara langsung dengan tontonan mencecah 1.3k tontonan. Moderator bagi program ini adalah Pengerusi Sekolah Pendidikan, Prof. Dr. Fatin Aliah Phang dan ucapan aluan daripada Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Ts. Dr. Zaidatun Tasir.