Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin memaklumkan bahawa satu insiden melibatkan kebakaran sebuah bas universiti telah berlaku sekitar jam 10 pagi pada 21 Mei 2025 di perhentian bas, Jalan Lingkaran Ilmu, berhadapan Blok P19a, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Kampus UTM Johor Bahru.
Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan pelajar mahupun staf. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah tiba dengan pantas dan berjaya memadamkan kebakaran dengan segera.
UTM memandang serius aspek keselamatan dalam kampus dan sentiasa komited memastikan tahap keselamatan tertinggi di seluruh kampus. Siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta meneliti langkah-langkah pencegahan dan penambahbaikan untuk mengelakkan insiden seumpama ini berulang.
Pihak universiti akan terus memantau situasi ini dan memberikan maklumat lanjut dari semasa ke semasa.
#TAMAT
Disediakan oleh
Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
Tarikh : 21 Mei 2025