April 29, 2024

Search
Close this search box.

4 Pelajar Fakulti Sains Calon MPP Pilihan Raya Kampus UTM Sesi 2019/2020

JOHOR BAHRU,  27 Nov. — Sempena  sesi penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2019/2020,  4 orang pelajar Fakulti Sains telah turut membuat pencalonan nama iaitu 2 orang calon untuk kerusi Umum dan 2 orang calon bagi kerusi Fakulti/Sekolah.

Calon kerusi Umum adalah Muhammad Hariz Asraf bin Hassan (Doktor Falsafah) dan Ahmad Muzammil bin Zulkifli (Sarjana Muda Sains (Biologi)) manakala calon kerusi Fakulti/Sekolah adalah Nurul Fadzlin binti Hassan (Sarjana Muda Sains (Biologi) dan Nurnisrin Khodijah binti Hasan (Sarjana Muda Sains (Fizik)).

Semakan borang pencalonan bagi kerusi Umum oleh staf yang bertugas
Pelajar Pascasiswazah FS, saudara Muhammad Hariz Asraf bin Hassan sedang menyerah borang pencalonan bagi kerusi Umum
Pelajar Prasiswazah FS, saudara Ahmad Muzammil bin Zulkifli merupakan calon terakhir yang membuat penyerahan borang pencalonan kerusi Umum sebelum sesi penamaan calon ditutup
Calon kerusi Fakulti/Sekolah, saudara Nurul Fadzlin binti Hassan
Calon kerusi Fakulti/Sekolah, saudara Nurnisrin Khodijah binti Hasan

Sesi penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Teknologi Malaysia 2019/2020 telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru dan Bilik Ilmuan 3 Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Seramai 37 calon akan bertanding untuk 9 kerusi Umum dan 27 kerusi Fakulti/Sekolah meliputi  kedua-dua kampus  iaitu Kampus Johor Bahru dan Kampus Kuala Lumpur.

Sesi penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang bantahan dikemukakan. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah binti Idrus turut meluangkan masa meninjau penamaan calon dan beramah mesra dengan  calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan tersebut selain staf-staf yang bertugas.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah binti Idrus bersama dengan sebahagian staf Fakulti Sains yang bertugas

Sementara itu, bagi kerusi umum, sebanyak 7 kerusi akan dipertandingkan di Kampus Johor Bahru manakala 2 kerusi lagi di Kampus Kuala Lumpur. Sementara bagi kerusi Fakulti/Sekolah pula, sebanyak 21 kerusi dipertandingkan di Kampus Johor Bahru dan selebihnya 6 kerusi di Kampus Kuala Lumpur.

Terdahulu, pembubaran MPPUTM sesi 2018/2019 telah diisytiharkan pada 18 November 2019.

Dalam PRK kali ini, salah seorang calon kerusi Umum adalah merupakan pelajar Pascasiswazah Fakulti Sains.

PRK ini juga merupakan PRK kali kedua terdapatnya pelajar dari kalangan Pascasiswazah yang menjadi calon bagi pilihanraya. Calon-calon Fakulti Sains telah menyerahkan borang pencalonan dengan jayanya dengan kehadiran pencadang dan penyokong masing-masing.

Sebahagian daripada calon-calon yang hadir
Calon-calon bersedia untuk mendengar taklimat dari Presiden Campus Election Committee

Dengan berakhirnya penamaan calon pada petang 27 November 2019, sebanyak 8 borang pencalonan bagi kerusi Umum telah diterima di Kampus Johor Bahru dan 5 borang pencalonan di Kampus Kuala Lumpur.

Dengan ini, semua calon akan bertanding bagi kerusi Umum pada 4 Disember 2019 nanti.  Manakala bagi kerusi Fakulti/Sekolah, sebanyak 15 borang pencalonan telah diterima di Kampus Johor Bahru manakala 9 borang pencalonan di Kampus Kuala Lumpur.

Timbalan Pendaftar Fakulti Sains, Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar sedang mengumumkan nama-nama calon bagi kerusi Fakulti Sains 
Sebahagian sekretariat penamaan calon yang terdiri daripada pelajar-pelajar UTM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebaik selesai tempoh penyerahan borang pencalonan, suatu taklimat telah diberikan kepada semua calon yang bertanding bagi memberi peluang kepada calon untuk mengetahui secara terperinci mengenai perjalanan PRK.

Dalam sesi taklimat yang berlangsung selepas penamaan calon tersebut, semua calon turut diingatkan supaya menjaga ketertiban semasa berkempen dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Dengan berakhirnya penamaan calon pada petang 27 November 2019, maka bermulalah kempen PRK bagi sesi 2019/2020.

Selamat berkempen!

Explore More