Bersempena dengan Mesyuarat Lembaga Amanah ISI ke 100 pada 23 Oktober, 2019, satu majlis makan tengah hari telah diadakan bertempat di The Royal Widad Residence, UTM Kuala Lumpur.
Majlis ini telah dihadiri oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Lembaga Amanah ISI, Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia merangkap Naib Pengerusi Lembaga Amanah ISI dan ahli-ahli Lembaga Amanah yang lain.
Turut hadir memeriahkan majlis makan tengah hari adalah mantan Pengerusi Lembaga Amanah ISI, Tan Sri Datuk Seri Sallehuddin Mohamed, mantan Naib Canselor UTM, Dato Dr. Muhammad Ridzuan Haji Salleh serta isteri beliau, Datin Zan Rokiah Abdul Rahman yang juga merupakan mantan Timbalan Pengarah (Pentadbiran) ISI dan mantan Pengarah Eksekutif ISI yang pertama iaitu Prof. Emeritus Dr Azman Haji Awang serta para jemputan yang lain.