November 25, 2024

Search
Close this search box.

Program OSHE 2023 tingkat kesedaran keselamatan kampus dalam kalangan warga KTHO

JOHOR BAHRU, 2 Mei – Biro Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKMKTHO) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program OSHE 2023.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan dan kesihatan kepada pelajar di kampus dan kolej.

Melalui program ini, pelajar akan mengetahui tindakan yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan dan cara untuk melaporkan ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE).

Penganjuran program ini berjaya mencapai matlamat dengan jumlah peserta yang menyertai program mencapai sasaran yang ditetapkan.

Unit teknikal mempamerkan poster sementara tunggu perserta untuk memasuki Webex
Pengarah program memberi ucapan
Puan Intan, penceramah memulakan sesi ceramah
Cara-cara untuk hubungi pejabat OSHE
Program diteruskan dengan sesi quizizz
Nama-nama pemenang sesi quizizz
Program diakhiri dengan sesi begambar dan majlis bersurai

Adalah menjadi harapan JKM KTHO supaya Program OSHE ini dapat membantu penghuni KTHO untuk memahami lebih lanjut tentang keselamatan dan bagaimana mengambil tindakan jika berlaku kecemasan.

Oleh: Phi Ja Da A/P Eh Peng (AJK Multimedia) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More