November 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 8 Apr. – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) berkesempatan menyantuni staf yang tinggal di Perumahan Staf Desa Bakti melalui sesi sumbangan barangan keperluan harian.

Sesi ini telah dihadiri oleh staf CCIN yang diketuai oleh Pengarah CCIN, YBrs. Prof. Madya Dr. Johari Surif Tok Penghulu Desa Bakti, Encik Aziz Latif.

Dr. Johari menyeru supaya usaha murni ini dapat diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadan malah turut menyeru supaya program seperti ini diteruskan sepanjang tahun dalam meraikan golongan masyarakat setempat yang memerlukan.

Penyerahan sumbangan kepada penerima oleh Pengarah CCIN, PM Dr Johari Surif.

Beliau juga berharap sedikit sumbangan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sesuai dengan hasrat UTM menyantuni masyarakat setempat dan semangat kemuliaan bulan Ramadan.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada Yayasan Raja Zarith Sofia yang telah menyumbangkan nasi briyani bagi jamuan moreh selepas solat tarawih.

Explore More